• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Halimah Yacob Sejarah Penting Singapura

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Upacara mengangkat sumpah Halimah Yacob sebagai orang Melayu pertama yang menjadi presiden Singapura selepas 47 tahun, merupakan peristiwa yang amat penting dalam sejarah republik ini, kata Perdana Menteri, Lee Hsien Loong.

Berucap pada upacara itu di Istana hari ini, Lee berkata Halimah adalah orang Melayu pertama dipilih menjadi presiden negara ini sejak jawatan itu ditentukan melalui pemilihan pada 1991, dan Halimah adalah presiden pertama yang dipilih  selepas perubahan besar dilakukan terhadap Perlembagaan negara ini tahun lepas.

Halimah juga merupakan presiden wanita pertama Singapura, katanya.

“Hari ini, kita meneguhkan lagi ikrar Encik Lee Kuan Yew yang dilafazkan pada 9 Ogos 1965, sejurus selepas kita mencapai kemerdekaan,  bahawa ini bukan negara orang Melayu, orang Cina atau orang India. Setiap orang mempunyai tempat, secara sama rata: tanpa mengira bahasa, budaya, agama.

“Kita memilih impian yang lebih mulia: Singapura yang bersifat pelbagai kaum, pelbagai agama,” kata beliau.

Lee berkata selepas setengah abad, Halimah yang dipilih sebagai presiden, menjadi suatu simbol jelas tentang tekad Singapura untuk memelihara dan berpegang teguh dengan impiannnya itu.

“Ini menjadi sesuatu yang amat penting lagi dengan mengambil kira trend yang wujud di rantau ini dan di seluruh dunia sekarang. Pada zaman nasionalisme etnik semakin menonjol sekarang, keganasan puak ekstremis menyemai perasaan curiga dan takut manakala ideologi eksklusivis mendalamkan lagi jurang perbezaan komunal dan agama di Singapura ini,” katanya.

Dalam keadaan demikian, kata Lee, golongan majoriti akan berusaha dengan lebih  gigih untuk memastikan golongan minoriti menikmati hak secara sama rata.

“Itu adalah sesuatu yang istimewa, amat berharga tetapi rapuh. Sebab itulah kita memastikan Parlimen sentiasa mempunyai wakil daripada  semua kumpulan etnik,” kata beliau.

Lee berkata kini, dari semasa ke semasa, Singapura mempunyai seorang ketua negara, yang menjadi simbol negara ini, “seseorang yang boleh kelihatan seperti Presiden Benjamin Sheares yang merupakan seorang Serani, Presiden SR Nathan, seorang India, Presiden Tony Tan, seorang Cina dan Presiden Halimah Yacob, seorang wanita dan Melayu.”

“Sebenarnya, itulah sebab utama kerajaan meminda Perlembagaan tahun lepas,” kata Lee.

Mengikut pindaan yang dibuat terhadap Perlembagaan pada November tahun lepas, pemilihan akan dikhususkan untuk kumpulan kaum tertentu sekiranya tiada sesiapa daripada kumpulan itu yang menjadi presiden dalam tempoh lima penggal berturut-turut.

Pilihan Raya Presiden tahun ini dikhususkan untuk masyarakat Melayu.

“Puan Presiden, Encik Yusof Ishak menjadi presiden untuk semua rakyat Singapura, tanpa mengira bangsa, bahasa, agama atau gender. Puan juga akan menyatukan kita semua. Puan juga akan mengukuhkan lagi semangat bernegara kita. Puan juga akan menjadi presiden kita,” kata Lee.

Halimah diisytiharkan sebagai Presiden pada Rabu. – Bernama

Tags: Halimah YacobLee Hsien LoongSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd