• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 20, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hak Sabah, Sarawak Akan Terus Dipelihara – PM

oleh AK-47
18/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Perdana Menteri Datuk, Seri Najib Tun Razak memberi jaminan hak Sabah dan Sarawak akan terus dipelihara dalam Persekutuan Malaysia selain memastikan rakyat kedua-dua negeri itu akan terus mendapat pembelaan sewajarnya.

Menurutnya, sebuah jawatankuasa khas untuk mengkaji hak orang Sabah dan Sarawak juga telah ditubuhkan bagi memastikan hak serta kepentingan kedua-dua negeri itu dipenuhi berdasarkan Perjanjian Malaysia 1963.

“Kita akan berunding dalam satu keluarga. Tak payahlah kita membuat slogan ‘Sabah for Sabah’, ‘Sarawak for Sarawak’. Kita hendak ‘Sabah for Malaysia’ dan ‘Malaysia for Sabah. Dengan ini, kita (Malaysia) akan maju.

“Keputusan (jawatankuasa khas) akan dibuat dalam masa tidak lama lagi bagi mengagihkan hak rakyat Sabah dan Sarawak,” katanya berucap merasmikan sambutan Hari Malaysia 2017 peringkat kebangsaan di Kompleks Sukan Likas, di sini’, malam ini.

Turut hadir Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman, Speaker Dewan Undangan Negeri Sarawak, Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar, yang mewakili kerajaan Sarawak, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak serta barisan kepimpinan kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Sabah dan Sarawak.

Najib berkata kerajaan Persekutuan tetap menghormati dan menghargai keputusan Sabah yang bersetuju untuk bersama-sama Sarawak dan Semenanjung bergabung membentuk Malaysia.

Mengulas lanjut, katanya, kerajaan Persekutuan juga sentiasa berusaha mengurangkan sekali gus menghapuskan jurang pembangunan antara Sabah dan Sarawak dengan Semenanjung bagi memastikan pembangunan di kedua-dua negeri itu seimbang dengan negeri-negeri lain.

Usaha mengimbangi pembangunan itu antara lain dapat dilihat menerusi pembinaan Lebuhraya Pan Borneo dari Teluk Melano ke Lawas di Sarawak dan dari Sindumin ke Tawau di Sabah, dengan nilai peruntukan berjumlah RM30 bilion, katanya.

“Lebuhraya (Pan Borneo) ini tanpa tol kerana ini adalah hadiah kita (kerajaan) kepada orang Sabah dan Sarawak,” katanya.

Beliau juga berkata kerajaan Persekutuan akan memberi perhatian khusus dalam menyediakan peruntukan diperlukan untuk membina lebih banyak kemudahan asas luar bandar di Sabah dan Sarawak memandangkan kawasan luar bandar di negeri terbabit masih memerlukan peruntukan tambahan.

Najib turut memaklumkan kerajaan juga telah memberi peruntukan khas dalam sektor bekalan elektrik kepada rakyat Sabah dan Labuan menerusi bantuan kewangan RM4.414 bilion dari tahun 2012 hingga 2016 dan geran projek khas bekalan elektrik khusus untuk dua wilayah itu sebanyak RM2.295 bilion.

“Dan, apa yang kurang diketahui oleh rakyat bahawa ada elemen subsidi tersembunyi yang diluluskan kerajaan melalui Petronas apabila bekalan elektrik di Sabah harga gasnya hanya RM6.4 sejuta British Thermal Unit (mmbtu) berbanding RM22.7 mmbtu harga di Semenanjung.

“Tahun ini sahaja, Petronas memberi subsidi sebanyak RM390 juta untuk mengurangkan kadar tarif elektrik di Sabah. Inilah antara yang kita bantu Sabah dan kita nak jamin bahawa Sabah dan rakyatnya akan terus mendapat pembelaan sebaiknya,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Najib Tun RazakSabahsarawak
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mufti Perlis Perjelas Isu Fitnah Tahfiz

Next Post

TNB Terus Main Peranan Aktif Dalam Penjanaan Tenaga

Related Posts

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

Kes SRC: Nasib Najib Diketahui Selasa Ini

04/05/2025
0

Kuala Lumpur: Keputusan sama ada Jabatan Peguam Negara (AGC) menerima representasi dikemukakan Datuk Seri Najib Razak untuk menggugurkan tiga lagi...

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

Najib Tidak Terlibat, Keputusan 1MDB Ikut Prosedur – Che Lodin

05/03/2025
1

SHAH ALAM - Pasukan pembelaan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memanggil saksi ke-13 iaitu Penolong Pesuruhjaya Kanan,...

Next Post

TNB Terus Main Peranan Aktif Dalam Penjanaan Tenaga

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd