• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Geely Lantik Daniel Donghui Li Sebagai Pengerusi Lotus

oleh AK-47
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Zhejiang Geely Holdings Group dari China telah melantik Naib Presiden Eksekutif dan Ketua Pegawai Kewangan Daniel Donghui Li sebagai Pengerusi Lotus.

Zhejiang Geely dalam satu kenyataan hari ini, berkata pelantikan itu dibuat selepas selesainya, pengambilalihan kepentingan majoriti 51 peratus dalam Lotus Advance Technologies Sdn Bhd dengan baki 49 peratus dipegang oleh Etika Automotive Sdn Bhd dari Malaysia.

Beliau berkata selepas ini, syarikat itu dengan rakan kongsinya akan memberi tumpuan bagi membangunkan Lotus untuk menjadi jenama British yang berdaya saing pada peringkat global serta peneraju yang diiktiraf dalam pasaran kereta sport.

“Kami amat amat yakin Lotus akan mampu melonjak melangkaui jangkaan industri automotif dan asas pengguna dalam masa terdekat,” katanya.

Berikutan penyempurnaan transaksi itu, Zhejiang Geely juga telah melantik Ketua Pegawai Teknologi dan Naib Presiden Auto, Feng Qing Feng serta Naib Presiden untuk Penasihat Eksekutif dan Perniagaan Antarabangsa kepada Presiden di Geely Holding, Nathan Yu Ning sebagai ahli Lembaga Lotus.

Etika pula, melantik Datuk Sharil Tarmizi, seorang perunding korporat serta penyokong jangka panjang untuk syarikat-syarikat teknologi, menduduki lembaga pengarah Lotus dan akan membuat pengumuman berkaitan calon lain dalam masa yang sesuai.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Jean-Marc Gales akan kekal dalam jawatan yang disandangnya sejak menyertai syarikat berkenaan pada 2014.

Gales berkata berikutan kejayaan memulihkan perniagaan syarikat itu, Lotus kini berada dalam kedudukan yang lebih kukuh dan bersedia untuk mencatatkan pertumbuhan.

Katanya, Lotus menghasilkan kereta yang terbaik dalam sejarah dan kini sedang membangunkan kereta sport generasi baharu yang lebih mewah, menampilkan keupayaan Lotus dalam menghasilkan kenderaan yang sangat dinamik, lebih ringan, dengan reka bentuk dan aerodinamik disumbangkan daripada sumber dan kekuatan global Geely Holdings. – BERNAMA

Tags: Daniel Donghui LiGeely
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Wanita Didakwa Meninggal Dunia Akibat Makan Sandwic Basi

Perak Setuju Sedia Lokasi Kepada Geely Bina Universiti

23/12/2023
0

Ipoh: Perak bersetuju untuk menyediakan lokasi bagi pembinaan sebuah universiti bertaraf antarabangsa di Proton City, Tanjung Malim sepertimana dicadangkan oleh...

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

Geely Dan DC-Sciences Labur RM32.5 Bilion Di Malaysia – MOSTI

06/04/2023
0

PUTRAJAYA – Lebih RM32.5 bilion nilai pelaburan berjaya diraih Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) susulan lawatan rasmi Perdana Menteri,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd