• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gatco: 2 Datuk Direman 3 Hari, Seorang Dibebaskan

oleh Ahmad Albab
26/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA — Dua beradik yang masing-masing bergelar “Datuk” direman tiga hari bagi membantu siasatan berhubung isu pertikaian pemilikan tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol, Negeri Sembilan yang dahulunya dikenali sebagai Ladang Gatco.

Majistret Mohd Nor Hafidzuddin Yusoff mengeluarkan perintah reman sehingga 28 Sept selepas membenarkan permohonan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk siasatan lanjut terhadap dua lelaki yang merupakan ketua eksekutif syarikat berbeza.

Kedua-dua lelaki yang berumur 54 dan 58 tahun itu ditahan dalam serbuan khas SPRM di sekitar Lembah Klang antara jam 11.40 pagi hingga 12.45 tengah hari semalam.

Mereka berdua yang memakai baju lokap SPRM tiba di perkarangan mahkamah majistret kira-kira 9.25 pagi untuk prosiding reman itu.

Sementara itu, lelaki berumur 69 tahun yang berperanan sebagai penyelesai yang direman sejak Selasa lepas berhubung isu Ladang Gatco itu dibebaskan dengan jaminan SPRM.

Lelaki itu ditahan setelah hadir memberi keterangan di Ibu Pejabat SPRM di sini pada 19 Sept lepas.

Sebelum itu, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Dzulkifli Ahmad dilaporkan berkata lelaki berkenaan merupakan saksi penting yang menguruskan pemindahan hak milik tanah.

Isu pertikaian Ladang Gatco bermula apabila peneroka tidak berpuas hati dengan penjualan ladang itu dan mendakwa wujud penyelewengan dalam penjualan tanah terbabit kepada Thamarai Holdings Sdn Bhd pada 2007 memandangkan syarikat berkenaan hanya membayar RM16 juta sedangkan nilai pasaran semasa ialah sekitar RM500 juta.

Kes Gatco bermula selepas pemilik asal tanah seluas 2,000 hektar berkenaan, Syarikat Gula Negeri Sembilan ditutup, menyebabkan ladang tebu terbabit dilupuskan kepada Perbadanan Kemajuan Negeri, Negeri Sembilan (PKNNS) secara pajakan 99 tahun.

PKNNS kemudian memajakkan tanah itu selama 66 tahun kepada syarikat The Great Allonioners Trading Corporation Bhd (Gatco) pada 1977 dan Gatco menjadikan kawasan berkenaan sebagai tanah rancangan dengan membawa masuk peserta yang ditawarkan tapak rumah dan tanah kebun seluas 4.048 hektar dengan bayaran antara RM4,000 dan RM7,000 seorang.

Perancangan awal ladang itu akan dijadikan ladang getah namun Gatco menghadapi masalah kewangan menyebabkan projek itu terbengkalai dan tanah berkenaan dirampas sebelum ditawarkan untuk lelongan awam pada 2004 dan dibeli Thamarai Holdings pada 2007. – BERNAMA

Tags: Isu Ladang Gatco
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kes Gatco: Reman Disambung 4 Hari Lagi

23/09/2017
0

PUTRAJAYA - Tempoh reman lima hari seorang penyelesai yang disiasat berhubung isu jual beli tanah di Kampung Serampang Indah, Jempol,...

Isu Ladang Gatco: ‘Orang Tengah’ Direman 5 Hari

20/09/2017
0

PUTRAJAYA - Seorang penyelesai direman lima hari sehingga 23 September ini bagi membantu siasatan berkaitan isu jual beli tanah di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd