• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gaji RM150k Sebulan Punca Doktor ‘Lari’ Ke Swasta

oleh
20/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEPALA BATAS – Siapa yang tidak tertarik ditawarkan gaji lumayan sehingga mencecah RM150,000 sebulan namun itulah punca utama ramai doktor pakar kerajaan meletak jawatan untuk berhijrah ke hospital swasta serta luar negara.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya berkata, gaji lumayan berkenaan dianggap jauh lebih menarik berbanding gaji pokok RM15,000 yang dibayar kerajaan kepada kumpulan doktor pakar tempatan pada ketika ini.

Sehubungan itu, beliau bersetuju dengan cadangan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi baru-baru ini supaya Jabatan Per­khidmatan Awam (JPA) mengkaji semula skim gaji doktor pakar dan petugas dalam sektor kesihatan.

“Bukan sahaja doktor pakar kita diminati, malah jururawat dari negara ini juga menerima tawaran gaji mencecah RM10,000 sebulan di luar negara.

“Dalam pembentangan Bajet 2016 Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan kenaikan tangga gaji bagi doktor pakar D54 ke D56 yang menyaksikan 2,100 doktor pakar menikmati tangga gaji baharu, namun masih ramai yang berhenti kerja,” katanya.

Dr. Hilmi berkata demikian kepada pemberita selepas mengi­ringi Yang Dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas dan isteri, Toh Puan Majimor Shariff melawat Hospital Kepala Batas, di sini semalam.

Sebelum ini, Ahmad Zahid meminta pihak JPA mengkaji semula tangga gaji tenaga pakar dalam sektor kesihatan bagi mengelakkan golongan profesional berkenaan berhijrah ke negara lain sehingga negara kekurangan doktor pakar.

Menyedari hakikat itu, Dr. Hilmi yang juga Ahli Parlimen Balik Pulau berkata, kerajaan telah melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan golongan doktor pakar tidak menamatkan perkhidmatan mereka dalam sektor kerajaan.

Antaranya kata beliau, dengan memperkenalkan program bayaran penuh oleh pesakit yang berkemampuan dan mereka bahkan boleh memilih doktor pakar sendiri untuk merawat mereka di hospital kerajaan tersebut.

“Bayaran berkenaan akan diserahkan terus kepada doktor pakar tersebut serta kakitangan yang membantu dan dengan cara itu pendapatan mereka dapat ditingkatkan,” kata Dr. Hilmi.

Dalam masa sama jelas beliau, kerajaan juga telah mewujudkan skim khas bagi membolehkan doktor sedia ada menyambung pengajian dalam bidang sarjana di universiti tempatan dan setakat ini seramai 500 doktor telah lulus pengajian.

“Namun kita dapati satu pertiga daripada mereka berhenti kerja,” katanya. Dr. Hilmi berkata, Kementerian Kesihatan juga bersetuju sekiranya JPA mengkaji tangga gaji pegawai perubatan Gred 41 yang menerima gaji pokok RM4,000 ketika ini. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Kementerian Kesihatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

2 Kampung Berjiran Berebut Tanah Kubur

Next Post

Peragut ‘Popular’ Berjaya Ditahan Polis

Related Posts

Harjeet Singh Dilantik KSU Kementerian Kesihatan

11/04/2022
0

PUTRAJAYA : Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan), Kementerian Kesihatan , Datuk Harjeet Singh dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU), kementerian berkenaan yang...

Belanjawan 2021 Kementerian Kesihatan Lulus

09/12/2020
0

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan (Belanjawan) 2021 peringkat Jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) diluluskan Dewan Rakyat, hari...

Next Post

Peragut 'Popular' Berjaya Ditahan Polis

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd