• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fuzi Mampu Tangani Jenayah Rentas Sempadan

oleh Ahmad Albab
06/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA KINABALU – Pelantikan Datuk Seri Mohamad Fuzi Harun sebagai Ketua Polis Negara yang baharu mampu memberi impak besar dalam usaha menangani isu keganasan, militan dan jenayah rentas sempadan, khasnya di Sabah.

Setiausaha Majlis Permuafakatan Suluk Sabah (MPSS), Mohd Zaki Harry Susanto berkata keyakinan beliau itu adalah berasaskan kepada pengalaman luas Mohamad Fuzi dalam kerja-kerja risikan serta operasi selain turut berpengalaman bertugas sebagai Ketua Cawangan Khas IPK Sabah selama beberapa tahun sebelum ini.

Katanya latar belakang perkhidmatan Mohamad Fuzi yang berpengetahuan luas mengenai Sabah membawa kelebihan kepada Sabah kerana pastinya beliau akan turut memberikan keutamaan kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCOM).

“Kita yakin beliau akan mencari kaedah dan pendekatan yang lebih berkesan selepas disesuaikan dengan segala bentuk maklumat yang diperoleh. Kita juga percaya beliau akan memperkasakan pertukaran maklumat di antara agensi risikan negara kita dengan negara jiran yang sekali gus memberikan manfaat kepada banyak pihak,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Mohamad FuziKPN
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

3 Suspek Kes Rompak Diberkas Di Kuching

Next Post

Bekas Gabenor Akui BNM Rugi Besar Akibat Forex

Related Posts

Rampasan Mercun Seludup Musim Perayaan Januari-Mac Cecah RM106 Juta – KPN

Rampasan Mercun Seludup Musim Perayaan Januari-Mac Cecah RM106 Juta – KPN

25/03/2025
2

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) berjaya menumpaskan penyeludupan mercun bernilai lebih RM106 juta sepanjang tempoh 1 Januari hingga 23...

Kertas Siasatan Kes Babit Anak Menteri Telah Dilengkapkan – KPN

Kertas Siasatan Kes Babit Anak Menteri Telah Dilengkapkan – KPN

09/01/2025
0

KUALA LUMPUR - Polis sudah melengkapkan kertas siasatan berhubung kes ugutan jenayah yang dikaitkan dengan anak seorang menteri sebagaimana tular...

Next Post

Bekas Gabenor Akui BNM Rugi Besar Akibat Forex

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd