• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ekspo Ternakan Bakal Warnai HPPNK 2017

oleh AK-47
26/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ekspo ternakan, Livestock Malaysia 2017 ialah antara pengisian sambutan Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 dari 28 Sept hingga 1 Okt ini.

Diselaraskan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), ekspo itu melibatkan penyertaan 16 syarikat​​​​​​ berasaskan penternakan yang akan mempamerkan antara lain teknologi terkini dan produk baharu berasaskan ternakan yang mampu menambah pengeluaran dan meningkatkan pendapatan penternak.

Dalam kenyataan hari ini, DVS berkata semua syarikat itu akan berada di Dewan C, Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) sepanjang HPPNK 2017.

Pelbagai seminar berkaitan ternakan turut diadakan bagi memeriahkan Livestock Malaysia 2017.

Tarikan ekspo itu juga terletak di luar Dewan C melalui penganjuran pameran haiwan hidup oleh DVS yang dijangka mampu mencuri perhatian pengunjung terutama usahawan ternak dan peminat ayam hiasan.

Antara baka kambing yang akan diketengahkan ialah Savannah, African Dwarf dan Kashmir manakala peminat baka bebiri pula bakal menemui jenis Barbados Black Belly, Damara dan Malin.

Jualan produk ternakan dan ‘petting zoo’ arnab akan turut diadakan, kata DVS sambil menambah satu pameran bertujuan meningkatkan kesedaran dan pendidikan tentang isu kebajikan haiwan kepada rakyat Malaysia turut mewarnai ekspo berkenaan.

HPPNK 2017 akan berlangsung dengan tema ‘Our Food, Our Future’ (Makanan Kita, Masa Depan Kita). – BERNAMA

Tags: KSPO Ternakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd