• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

DSV-LV Buah Tangan Baru Datuk Seri Vida

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SELEPAS pembikinan buku motivasi berjudul I Am Me Rahsia Niaga DS Vida, pemilik Vida Beauty ini bakal bekerjasama dengan jenama beg tangan terkemuka antarabangsa, Louis Vuitton (LV) pula.

Kali ini, Datuk Seri Vida akan berkolaborasi dengan LV dari Perancis dalam penghasilan beg tangan jenamanya sendiri iaitu DSV-LV.

Khabarnya, beg tangan tersebut bakal berada di pasaran Asia Tenggara mulai tahun hadapan. Katanya lagi, rekaan beg-beg itu juga akan dibuat mengikut tempahan pelanggan.

Umum mengetahui jutawan kosmetik ini memang menggemari beg tangan LV sehinggakan kini dia sudah mempunyai lebih 100 tas tangan jenama itu yang ditempah rekaannya.

“Setengah-setengah pihak menuduh saya menunjuk-nunjuk kekayaan saya, namun sebenarnya, ia adalah bentuk promosi, iklan awal mengenai apa yang akan ada selepas ini.

“Semua orang tahu saya sangat sayangkan beg tangan saya, tetapi saya tidak mempunyai keupayaan untuk menghasilkan produk beg tangan saya sendiri, memandangkan membuat beg tangan bukan kepakaran saya.

“Jadi, setakat ini, ia akan dilaksanakan melalui kerjasama dengan LV,” katanya dipetik laporan BERNAMA.

Keunikan serta nilai jualan semula yang tinggi antara sebab kenapa Vida memilih beg-beg yang ditempah khas dan limited edition.

Bukan itu saja, beg-beg yang bakal dipasarkan juga mempunyai ciri-ciri yang digemarinya seperti sling bag dan dipenuhi dengan kilauan.

“Saya akan membuat rekaan yang cantik, jarang (ada di pasaran) dan unik, khusus untuk peminat saya di Asia Tenggara. Beg itu mesti ada ‘bling’ dan bersilang,” tambahnya lagi.

Sementara itu, Vida kini giat mempromosikan bukunya dan berada di Indonesia untuk pelancaran buku barunya itu. – MYNEWSHUB.CC/Aisyah karim

Tags: Datuk Seri VidaDSVlouis vuitton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pakej Berbaloi MyUmrah Sempena Cuti Sekolah

Next Post

Bayi Umur Sebulan Terpaksa Dibuang Giginya

Related Posts

Vida Tawar Gaji RM10,000 Untuk Lelaki ‘Kacak’

04/12/2021
0

PETALING JAYA – Selepas tidak meneruskan hubungan atau dengan kata lain ‘gagal’ dalam percintaan dengan bekas pembantu peribadinya sebelum ini,...

‘Tolonglah’ Cerita Kisah Kehidupan Silam Cik B

02/12/2020
0

IPOH - Pengalaman didera pembantu rumah semasa kecil dan konflik keluarga akibat perceraian ibu bapa yang dialami Cik B kini...

Next Post

Bayi Umur Sebulan Terpaksa Dibuang Giginya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd