• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dituduh Sebat Jiran Dengan Rotan Kayu

oleh AK-47
23/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLANG – Seorang penganggur dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan sengaja menyebabkan kecederaan ke atas jirannya menggunakan sebatang kayu rotan, dua minggu lepas.

Tertuduh, Ching Chee Siong, 39, bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret Roslizi Sulaiman..

Ching didakwa melakukan perbuatan itu terhadap Khor Meng Hiong, 52, di sebuah rumah di Jalan Jarak di sini, kira-kira pukul 3.30 petang pada 6 Sept lepas dan didakwa mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum penjara maksimum 10 tahun atau dengan denda atau dengan sebat atau dengan mana-mana dua daripada hukuman itu.

Detik-detik Khor dimaki dan dipukul seorang lelaki sambil disaksikan seorang kanak-kanak dan wanita yang menangis teresak-esak, telah dirakam serta tular di media sosial.

Berdasarkan laporan media, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa didakwa telah memarahi seorang jiran lelaki berusia 60 tahun yang bertindak menegurnya ketika mangsa bertengkar dengan isteri.

Ching juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menceroboh masuk ke dalam rumah yang disewa oleh Khor tanpa kebenaran di masa, tempat dan tarikh yang sama.

Bagi kesalahan itu, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 447 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum enam bulan atau dengan denda maksimum RM3,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Roslizi membenarkan Ching, yang diwakili peguam Ian Mark Simpson, dibebaskan dengan jaminan RM5,500 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 26 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Di Mahkamah Majistret berasingan, rakan Ching, See Kean Soon mengaku tidak bersalah atas tuduhan bersubahat dengan merakam perbuatan rakannya itu (Ching) menggunakan telefon bimbit, mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan serta boleh dihukum mengikut Seksyen 342 Kanun sama.

See, 38, juga mengaku tidak bersalah terhadap satu lagi pertuduhan menceroboh masuk ke dalam rumah yang disewa oleh Khor.

Majistret Rozianti Mohamed Hanaphi membenarkan tertuduh, yang tidak diwakili peguam, dibebaskan dengan jaminan RM6,000 serta seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan dan menetapkan 13 Okt ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan bagi kes di kedua-dua mahkamah itu dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Amira Abdul Aziz dan Ruzanna Ahmad. – Bernama

*Video sekadar hiasan…

Tags: mahkamahPenganggur
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Akan Mohon Sambung Reman Tujuh Suspek

Next Post

Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah

Related Posts

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

Bapa Dihadap Ke Mahkamah Dakwaan Cederakan Anak lelaki

11/05/2025
0

KUALA TERENGGANU: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini, atas tuduhan mencederakan anak lelakinya yang berusia 13...

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

Kes Bunuh: Mahkamah Diberitahu Dua Saksi Nampak Pelajar Dipukul

29/11/2024
0

TAWAU - Dua saksi pendakwaan kes bunuh Mohamad Nazmie Aizzat Mohd Narul Azwan memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini...

Next Post

Vida Cadang Bawa Mangsa Kebakaran Tunai Umrah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd