• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Demam Tak Halang Hemala Devi Rangkul Emas Kedua

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Atlet paralimpik negara, Hemala Devi Enny Kutty menterjemahkan semangat luar biasa apabila melawan keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan untuk mengutip pingat emas peribadi kedua dalam acara olahraga temasya Sukan Para ASEAN (APG) KL2017 di Stadium Nasional Bukit Jalil, hari ini.

Anak jati Segamat, Johor itu yang memenangi acara lontar peluru wanita F11/12 (masalah penglihatan) mendedahkan beliau masih belum pulih sepenuhnya daripada demam selepas memenangi pingat emas sulung dalam acara lempar cakera F12 pada hari pertama olahraga dalam keadaan hujan, semalam.

Beliau meraih emas kedua hari ini dengan mengumpul 634 mata raza, disusuli atlet Filipina, Jeanette Aceveda (310) manakala wakil Brunei, Nor Hensan Mata terpaksa berpuas hati dengan kutipan gangsa setelah meraih 275 mata raza.

“Saya sangat bangga kerana bukan mudah untuk memenangi acara hari ini yang menggabungkan dua kategori kecacatan berbeza dengan pemenang dikira berdasarkan sistem mata raza yang tertinggi dan walaupun saya demam, saya bagi motivasi kepada diri sendiri untuk terus berjuang demi mengharumkan nama negara.

“Sokongan padu daripada keluarga, jurulatih dan rakan sepasukan turut menaikkan semangat untuk memberikan persembahan terbaik pada kali ini,” katanya ketika ditemui pemberita selepas acara berkenaan.

Hemala Devi mengakui kejayaan merangkul dua pingat emas di laman sendiri merupakan kenangan terindah untuk dirinya sejak membuat penampilan sulung pada edisi 2009 ketika Malaysia menjadi tuan rumah.

Beliau menambah kutipan dua emas berkenaan menyemarakkan semangatnya untuk memburu emas ketiga dalam acara merejam lembing wanita F12, Khamis ini.

“Catatan peribadi saya dalam acara lontar peluru sebelum ini adalah 30.30 meter dan semalam, saya catat 32.46 meter, jadi APG 2017 merupakan pencapaian terbaik saya sepanjang lima penyertaan pada Sukan Para ASEAN kerana saya bergelut dengan prestasi dan juga kecederaan dalam empat edisi terdahulu,” jelasnya.

Dalam pada itu, Hemala Devi memaklumkan APG 2017 menjadi medan untuknya memburu tiket kelayakan beraksi pada Sukan Para Asia 2018 di Indonesia.

“Jurulatih memaklumkan, saya sudah layak dalam acara lempar cakera namun masih menanti kedudukan ranking rasmi dan saya amat berharap dapat beraksi di Indonesia nanti,” katanya yang telah menyertai dua edisi Sukan Para Asia iaitu 2010 (China) dan 2014 di Korea Selatan. – BERNAMA

Tags: atlet paralimpikPara KL2017
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Petugas Barisan Hadapan, Atlet Negara Diberi Penghormatan

13/09/2021
0

KUALA LUMPUR - Dewan Rakyat memberikan penghormatan khusus kepada petugas barisan hadapan serta atlet Olimpik dan Paralimpik negara hari ini....

Latihan Keras Bawa Tuah Buat Nur Azlia Syafinaz

01/11/2017
0

KUALA LUMPUR – Pelumba basikal trek para negara, Nur Azlia Syafinaz Mohd Zais tidak menyangka pengorbanan menjalani latihan keras selama...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd