• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 24, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Chunrong Dilantik CEO Baharu Proton

oleh
29/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM – DRB-Hicom mengesahkan pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) baharu Proton, Dr. Li Chunrong iaitu pegawai dipilih rakan strategik kereta nasional itu, Zhejiang Geely.

Bercakap dalam sidang akhbar di sini, Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom, Datuk Seri Datuk Seri Syed Faisal Albar Syed Ali Rethza Albar turut mengumumkan Datuk Radzaif Mohamed kekal sebagai Timbalan CEO Proton.

Chunrong, 53, yang sudah tiba dari China, dijadual memulakan tugas secara rasmi 2 Oktober dilaporkan meletak jawatan ahli lembaga pengarah dan naib presiden eksekutif Dongfeng-Honda Engine Co. Ltd. pada 21 Ogos lalu.

Beliau memulakan kerjayanya pada 1987 di Dongfeng Motor Corporation (DMC) dan 10 tahun kemudian, dilantik sebagai timbalan pengarah sebelum menjadi naib presiden eksekutif di Dongfeng Yueda Kia Motors pada 2002.

Dalam tahun 2007, Chunrong menjawat pangkat sebagai Ketua Pegawai Eksekutif di Dongfeng Passenger Vehicle Company, dan terbaharu, beliau menjadi Naib Presiden Eksekutif  di Dongfeng Honda Engine Company.

Graduan sarjana muda Huazhong University of Science and Technology dalam bidang Automasi Elektrik ini juga memegang ijazah sarjana dan doktor falsafah dalam Kejuruteraan Perindustrian dan Pemasaran di universiti sama.

Chunrong turut memperoleh ijazah sarjana dalam pentadbiran perniagaan daripada universiti tersohor di dunia, Massachussetts Institute of Technology, Cambridge, Amerika Syarikat.

Baca: Proton Kini Menuju Ke Era Baharu Lebih Yakin

Pada 15 September lalu, DRB-Hicom mengumumkan Datuk Ahmad Fuaad Kenali melepaskan jawatan CEO Proton berkuat kuasa 30 September ini. Beliau kemudian disahkan akan menerajui pula Malakoff Corporation Berhad.

Ia susulan penyusunan semula syarikat tersebut setelah DRB-Hicom memeterai perjanjian penjualan 49.9 peratus sahamnya dalam Proton pada 23 Jun lalu, kepada Geely, yang juga pemilik Volvo Car Group dari Sweden.

DRB-Hicom turut menjual 51 peratus pegangannya dalam Lotus Advance Technology Sdn. Bhd. kepada Geely dengan nilai RM277.85 juta (£51 juta), manakala baki 49 peratus lagi kepada Etika Automotive Sdn. Bhd.

Proton diasaskan pada 1983 tetapi dibelenggu masalah kewangan sejak beberapa tahun waima menerima bantuan kerajaan. Pada 2001, ia menguasai 53 peratus pasaran tempatan, sebelum merosot kepada 14 peratus tahun lepas.

Pada 8 Ogos lalu, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, Proton masih berstatus syarikat Malaysia dan pengeluar kende­raan nasional, walaupun melantik warga asing.

Katanya, pihak kerajaan tiada kuasa untuk campur tangan dalam soal pelantikan pengerusi baharu Proton, sebalik­nya ia terpulang kepada keputusan lembaga pengarah syarikat itu sendiri. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Li ChunrongProton
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mangsa Gas Klorin Dilaporkan Stabil – Polis

Next Post

Status Nikah Joy, Bekas Suami Sah Ikut Syarak

Related Posts

Lakukan Pemeriksaan 5-Mata Pada Kereta Anda

26/04/2020
0

SEJAK PKP dilaksanakan, kita mungkin secara tidak langsung mengabaikan kereta yang dimiliki kerana kita tidak dibenarkan untuk memandunya ke tempat...

Jualan Proton Melonjak 100% Pada Bulan November

04/12/2019
0

KUALA LUMPUR - Pengeluar kereta nasional, Proton, mencatatkan satu lagi prestasi kukuh pada November apabila jualan tahun ke tahunnya meningkat...

Next Post

Status Nikah Joy, Bekas Suami Sah Ikut Syarak

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd