• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

CCTV Masjid Pun Nak Juga Dikebas?

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA KETIL – Masjid Kampung Padang Kulim diletakkan dalam keadaaan berjaga-jaga susulan kecurian empat kamera litar tertutup (CCTV) dan sejumlah wang tunai dari dua tabungnya, Sabtu lalu.

Imamnya, Ahmad Jusoh berkata, seluruh ahli jawatankuasa juga kini lebih kerap membuat pemantauan di masjid tersebut.

Menurutnya, rakaman menunjukkan dua pencuri mencungkil pintu masuk dan mencuri duit dalam tabung, termasuk empat CCTV.

“Memang kami risau pencuri masuk lagi, dalam ini ada lagi alatan CCTV, kipas dan peralatan lain. Dunia la ni kipas pun depa jual dan ada orang beli,” katanya kepada pemberita di sini, Jumaat.

Beliau berkata, kes kecurian minggu lalu adalah kali kedua dalam tahun ini dan beliau bimbang ia berulang kerana dua pencuri terbabit masih bebas.

“Jika campur dengan kes-kes lama dah lebih kurang lapan kali masjid ni dipecah masuk. Tapi kes terbaru ni pencuri masih lagi bebas.

“Dalam rakaman tu kita kenal siapa yang buat. Kita pun dah lapor pada pihak polis. Harap-harap polis cepat sedikit ambil tindakan,” katanya.

Menurutnya, kes curi di kampung itu juga pernah berlaku sebelum ini melibatkan kehilangan tiga ekor lembu dan sebuah motosikal.

“Beberapa bulan lalu hilang tiga ekor lembu dan sebuah motosikal. Tempat lain pun banyak berlaku kes curi. Apa yang berlaku hari ni bersangkut paut dengan dadah,” katanya.

Difahamkan, polis sudah menerima laporan berhubung kes berkenaan pada malam hari kejadian. – Sinar Online

Tags: CCTVmasjid
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Masjid Jamek Sungai Pinang Berjaya Beli Tanah RM1 Juta Hasil Wakaf Umat Islam

Masjid Jamek Sungai Pinang Berjaya Beli Tanah RM1 Juta Hasil Wakaf Umat Islam

12/03/2026
0

GEORGE TOWN – Usaha mengumpul dana wakaf sejak 2023 akhirnya membuahkan hasil apabila Masjid Jamek Sungai Pinang berjaya membeli sebidang...

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

Cabul Budak Di Masjid: JKM Sahkan Suspek Ada Kad OKU Sejak Kecil

22/02/2025
0

HULU SELANGOR: Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul seorang kanak-kanak perempuan ketika mangsa sedang menunaikan solat subuh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd