PERNAH tak bila tengok muka seseorang tu, tapi tak ingat siapa namanya. Tapi kita memang tahu pun cuma tak ingat nama.
Mesti selalu je rasa serba salah sebab tak ingat nama. Lagi perit kalau kena perli dengan orang berkenaan. Bikin malu je. Jadi, kat sini anda boleh praktikkan cara untuk mengingati nama seseorang.
1. Fokus dan sedia.
Bila orang tu dah bagi tahu nama dia, cuba freshkan minda anda. Dengar elok-elok apa yang disebut okay. Kemudian, ulang semula namanya. Cara ini boleh buatkan anda sentiasa fokus tau.
2. Tulis.
Nampak macam old skool kan? Tapi boleh je buat macam ni. Contoh waktu tengah mesyuarat dengan orang penting, cuba catat namanya waktu tu. Mana tahu nanti tiba-tiba bos suruh pergi cari dia ke. Dah tak ingat nama pula kan.
3. Guna namanya sebagai kata ganti nama diri.
Selain guna saya/awak, i/u, anda boleh gantikan dengan nama orang tu. Contoh; “Terima kasih Lara sebab awak tolong saya tadi.” Dengan cara tu, anda akan selalu ingat namanya.
4. Ingat dekat mana kita jumpa.
Ingat balik, dekat mana kita jumpa orang itu buat pertama kali. Ini membantu kita pada masa lain, apabila mengenali wajahnya tetapi lupa namanya. Tempat di mana kita akan menemuinya, tidak sama dengan tempat di mana kita mula-mula menemuinya sebelum itu. Oleh itu, kita mungkin memikirkan tentang Lina, yang kita pernah temui di pusat beli-belah Times Square, ataupun Hanis yang kita jumpa waktu di surau KLCC.
Mudah kan cara ni? Jadi lepas ni tak ada lagi alasan yang anda lupa nama rakan anda. Atua mungkin akan lupa sebab dah lama tak berjumpa kan. Semoga berjaya! – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah