• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bukan Cina Pertama Presiden Kelab Pidato Mandarin

oleh
03/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Buat pertama kali, seorang anak Melayu/Islam dilantik sebagai Presiden bagi Kelab Pidato (Toastmaster) Mandarin, Dewan Perniagaan dan Perusahaan Cina Singapura (SCCCI).

Walaupun wanita ini bukan berbangsa Cina, Hanifa Kahar, 52 tahun, diberi kepercayaan untuk menerajui kelab pidato tersebut oleh lembaga SCCCI, sekali gus mencipta sejarah di Singapura pada akhir Julai lalu.

Beliau mula menyertai kelab pidato Mandarin itu sebagai ahli dan menyampaikan pidato pertama dalam bahasa Mandarin pada 2015. Hanifa juga pernah dilantik menyandang jawatan sebagai Naib Presiden Keanggotaan Kelab.

Ini bermakna beliau dilantik sebagai presiden kelab tersebut dalam tempoh hampir dua tahun sahaja. Ternyata, kecekapan dan kewibawaan Hanifa sendiri berjaya menyakinkan pihak lembaga SCCCI untuk memilihnya.

“Semasa saya menjadi naib presiden, Presiden dan dua lagi Naib Presiden Pendidikan ketika itu berasal dari China. Jadi, semua urusan baik menerusi panggilan telefon mahupun WhatsApp perlu menggunakan bahasa Mandarin.

“Jika tidak saya tidak dapat menjalankan tugasan saya. Maka saya belajar bahasa Mandarin di kelab pidato itu, jalankan tugasan, tulis teks pidato dan dapatkan bantuan mereka untuk menyuntingnya.

“Proses itu secara tidak langsung membentuk diri saya yang sekarang. Apabila tiba masa untuk melantik seorang presiden baharu, agak jelas, saya jadi pilihan mereka,” cerita Hanifa kepada agensi berita MediaCorp.

Peranan beliau sebagai presiden adalah untuk menaikkan profil kelab pidato dan memancing minat orang ramai supaya datang ke mesyuarat mereka untuk lebih memahami tentang kelab itu dan juga SCCCI sendiri.

Meskipun Kelab Pidato Mandarin SCCI adalah kelab yang “inklusif”, Hanifa berkata setakat ini anggotanya terdiri daripada masyarakat Cina dan seorang rakyat Jepun.

Hanifa adalah pengasas laman Childhoodspeech – beliau malah berkongsi pengalaman mendidik anaknya menjadi seorang boleh bertutur lebih satu bahasa dan berharap ia dapat memberikan inspirasi kepada para ibu bapa lain.

Hanifa bersama ibunya. (Gambar: Shamsuddin Kahar/Facebook)

Selain itu, Hanifa juga sering memberikan banyak ceramah motivasi dan berkongsi perjalanan hidupnya untuk membuatkan rakan-rakan serta masyarakat lebih menghargai keindahan bahasa apabila ia berjaya dikuasai.

Beliau juga penulis buku ‘Parenting Inspired! Follow The Path Where The Child Loves To Grow’, bercerita tentang pengalaman sendiri hasil inspirasi anak tunggalnya, sehingga berjaya membangunkan Childhoodspeech pada 2008.

“Saya mahu memahami lebih lanjut bagaimana saya sendiri bermula bertutur dalam beberapa bahasa sejak kecil lagi dan bagaimana saya boleh mendidik anak perempuan saya. Saya mahu beliau juga belajar bahasa Mandarin.

“Oleh itu saya berkongsi di laman tersebut,” ujar ibu kepada seorang anak remaja berusia 16 tahun ini. Bahasa Mandarin sebenarnya bukanlah bahasa yang begitu asing dan baru dipelajari oleh Hanifa.

Menurut beliau, ibu bapanya yang berketurunan Jawa-Palembang memastikan dirinya, abang serta kakaknya mempelajari bahasa Mandarin meskipun mereka sendiri tidak boleh bertutur dalam bahasa itu.

“Semasa kecil, saya sudahpun mempelajari bahasa Mandarin di sekolah. Kami tinggal di Beach Road pada waktu itu dan bapa saya hantar kami adik-beradik belajar bahasa Mandarin. Bapa saya seorang yang berpandangan jauh.

“Dia mengetahui manfaat mengenai kepentingan bahasa Mandarin ke atas pendidikan dan masa depan kami,” kongsi Hanifa, anak bongsu daripada tiga orang adik beradik – satu lelaki dan dua perempuan.

Hanifa juga boleh bertutur dalam empat bahasa lain, termasuk satu bahasa dialek – Melayu, Inggeris, bahasa Indonesia dan juga Hokkien. Ini satu lagi fakta unik yang boleh membuatkan anda terpegun.

Hanifa dan adik-beradiknya cuma berbual dalam dialek Hokkien sejak kecil hingga kini! Meskipun sudah biasa dengan bahasa Mandarin selama hampir 50 tahun, beliau perlu terus mengamalkannya dalam sekitaran sesuai.

Bagi Hanifa, suasana persekitaran dapat membantu memantapkan penguasaan bahasa itu dan itulah cara paling baik supaya dapat membantu dan mengajarkan bahasa Mandarin kepada anaknya dengan cara lebih berkesan.

“Saya menyedari yang saya perlu bertutur dalam bahasa Mandarin dengan anak saya, jadi saya terus mempelajari bahasa itu supaya saya dapat mengajar beliau. Saya mahu memberi inspirasi kepada anak saya dan diri sendiri.

“Saya juga yakin dengan melibatkan diri dalam kelab pidato ini, saya harap saya boleh mendapat inspirasi untuk terus mempelajarinya supaya pendidikan dan asas yang sudah ada tidak sia-sia.” – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: MandarinMelayuSingapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd