• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Budak Lelaki Tersekat Celah Dinding

oleh Ahmad Albab
30/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUIGANG (China) – Seorang budak lelaki berusia lapan tahun terperangkap di celah tembok selepas bermain sorok-sorok dengan rakannya.

Satu rakaman video yang tular di media sosial di China menunjukkan detik-detik anggota bomba membebaskan budak itu dari celah tembok yang sempit berkenaan.

Media tempatan melaporkan, budak itu bermain sorok-sorok bersama enam rakannya di sebuah kampung di Guigang di wilayah Guangxi pada 23 September lalu.

Budak itu yang dikenali sebagai Huang bersembunyi di celah dua tembok yang sempit tetapi terperangkap akibat ruangannya yang sempit.

Rakan-rakannya menemui Huang menangis di celah tembok itu sebelum mereka meminta bantuan orang yang lebih dewasa.

Gambar yang dirakam bomba menunjukkan Huang mengikut arahan sebelum dia berjaya dikeluarkan dari celah tembok itu.

Anggota bomba meletakkan kusyen udara di celah dinding itu dan mengembangkannya untuk membuka ruang bagi membebaskan budak itu.

Dalam tempoh 10 minit, Huang berjaya menggerakkan badannya sebelum keluar dari celah dinding berkenaan.

Huang segera dibawa ke hospital untuk pemeriksaan tetapi dia tidak mengalami sebarang kecederaan serius dan dibenarkan pulang. – Agensi/myMetro Online

Tags: budaktersekat
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Usah Kongsi Isu Sentuh 3R – TPM Zahid

Peniaga Makanan Jepun Tak Mengaku Rogol Budak Dalam Kereta

05/05/2024
0

MUAR: Peniaga makanan Jepun mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret hari ini atas tiga pertuduhan merogol kenalan dalam kereta di...

Negeri Perlu Tubuh Jawatankuasa Khas Perbaiki Enakmen Jenayah Syariah

Budak Maut Ditimpa Dinding Konkrit: JKM Sedia Khidmat Kaunseling Buat Keluarga

15/02/2024
0

ALOR SETAR - Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kedah bersedia memberikan khidmat kaunseling kepada keluarga kanak-kanak lelaki berusia lapan tahun yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd