• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, February 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Perlu Sebulan Periksa Maahad Tahfiz Berdaftar

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia memerlukan masa sekurang-kurangnya sebulan bagi membuat pemeriksaan dan mengesan permasalahan semua Maahad Tahfiz berdaftar di seluruh negara.

Tanpa menyatakan jumlah sebenar Maahad Tahfiz berdaftar, Ketua Pengarahnya Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata jabatan berkenaan turut memberi maklum balas kepada kabinet dari semasa ke semasa mengenai perkara berkaitan.

Pada masa sama, katanya, pihak jabatan menghadapi kesukaran mendapatkan maklumat dalam mengesan Maahad Tahfiz tidak berdaftar di seluruh negara bagi pemeriksaan keselamatan bangunan.

“Oleh itu, kita minta semua pihak termasuk Jabatan Agama Islam supaya menyalurkan maklumat berkaitan Maahad Tahfiz yang tidak berdaftar bagi mengelak insiden di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah daripada berulang.

Kita akui memang terdapat kesukaran. Ini kerana senarai maahad yang tidak berdaftar tiada dalan rekod Jabatan Agama Islam dan sememangnya kita memerlukan masa,” katanya kepada pemberita selepas majlis perasmian Balai Bomba dan Penyelamat Ringlet. Majlis itu disempurnakan Exco Perumahan dan Perbandaran negeri Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail di sini hari ini.

Dalam pada itu, Wan Mohd Nor berkata sebanyak 15 balai bomba baharu di seluruh negara termasuk di Ringlet telah dan akan beroperasi tahun ini.

Balai Ringlet merupakan balai bomba ke-23 yang dibina di Pahang dan pada asalnya merupakan tapak Rela sebelum dinaik taraf dengan kos hampir RM500,000 untuk pembinaan bangunan.

Balai itu juga memberi khidmat kepada kawasan sekitar Ringlet, sempadan Perak (Jalan Tapah-Cameron Highlands); sempadan Lipis (Jalan Sungai Koyan-Cameron Highlands) dan kampung-kampung Orang Asli di Mukim Ringlet dan Mukim Ulu Telum.

Mengenai balai berkenaan, Wan Mohd Nor berkata ia dapat memendekkan tempoh bertindak memandangkan balai bomba terdekat sebelum ini adalah di Brinchang yang memakan masa lebih 30 minit untuk sampai ke Ringlet.

Sementara itu, Wan Rosdy yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri (Adun) Jelai berkata pihaknya akan memohon pembinaan satu balai bomba di Felda Sungai Koyan memandangkan pembangunan di kawasan itu semakin pesat. – BERNAMA

Tags: Maahad Tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Maahad Tahfiz Terbakar, Penghuni Terselamat

Maahad Tahfiz Terbakar, Penghuni Terselamat

27/11/2023
0

KEPALA BATAS : Institut Tahfiz dan Kefahaman Quran (Ma’hadul Azhar) di Jalan Pokok Sena, Kampung Banggul di sini, musnah dalam...

Kerajaan Umum Dana RM2 Juta Kepada Pinta Perkasa Maahad Tahfiz

Kerajaan Umum Dana RM2 Juta Kepada Pinta Perkasa Maahad Tahfiz

11/03/2023
0

KUALA LUMPUR - Kerajaan bersetuju menyumbangkan dana RM2 juta kepada Yayasan Gabungan Persatuan Institusi Tahfiz al-Quran Kebangsaan (Pinta) untuk memperkasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd