• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Melaka Siap Siaga Hadapi Banjir Bulan Depan

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MELAKA – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Negeri Melaka meletakkan 400 anggotanya dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana banjir yang dijangka melanda negeri ini antara bulan depan hingga November ini.

Pengarahnya Kamarulzaman Malik Abdullah berkata daripada jumlah itu, 72 anggota merupakan paramedik terlatih dan dengan enam jentera pasukan Perkhidmatan Penyelamatan Perawatan Kecemasan (EMRS), jabatan itu mampu memberikan perkhidmatan perubatan kecemasan dengan pantas.

Beliau berkata selain itu, jabatan itu juga mempunyai 24 anggota penyelam skuba, 20 bot, sembilan lori dan tujuh jentera utiliti yang dapat memberikan bantuan mencari dan menyelamat serta pemindahan mangsa banjir.

“Berdasarkan laporan Jabatan Meteorologi, Melaka diramal menerima antara 20 hingga 40 peratus lebih hujan untuk bulan Oktober (bulan depan) dan November nanti, maka kita meletakkan semua anggota dan jentera dalam keadaan siap siaga bagi menghadapi bencana banjir,” katanya pada sidang akhbar selepas melakukan pemeriksaan persediaan banjir jabatan itu di Balai Bomba Ayer Keroh di sini hari ini.

Beliau berkata selain anggota tetap, jabatan itu juga mempunyai 40 anggota pasukan Bomba Bantuan dan 100 anggota pasukan Bomba Sukarela bagi membantu jabatan itu menghadapi bencana banjir.

Kamarulzaman berkata berdasarkan bencana banjir yang berlaku di negeri ini pada bulan lepas, Melaka menghadapi banjir jenis banjir kilat dan turut menasihatkan orang ramai supaya sentiasa berwaspada.

“Pada bulan Ogos tahun lepas hanya ada tiga kawasan dilanda banjir kilat, tetapi Ogos tahun ini meningkat kepada 14 kawasan, maka daripada informasi ini kita perlu bersedia sekiranya banjir jadi lebih buruk berbanding tahun lepas.

“Maka orang ramai perlu sentiasa dengar amaran dan nasihat daripada pihak berkuasa, jika diarah berpindah kena berpindah, jangan bahayakan diri tidak mahu pindah hanya kerana terlalu sayangkan harta benda,” katanya. – BERNAMA

Tags: BanjirKamarulzaman Malik Abdullah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

Lebuhraya PLUS Di Nilai Tenggelam, Ratusan Pengguna Jalan Raya Terpaksa Berbuka Puasa Dalam Kereta

06/03/2026
0

NILAI – Ratusan pengguna Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) berdepan detik luar biasa apabila terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan masing-masing selepas...

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

NGO Malaysia Bantu Mangsa Banjir Di Sumatera

28/12/2025
0

MELAKA: Bantuan kecemasan bencana banjir untuk mangsa di Sumatera Barat, Indonesia yang dikelolakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Skuad Bencana...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd