• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bomba Diminta Segera Periksa Tahfiz Di Kelantan

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUMPAT – Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan diminta mempercepatkan pemeriksaan keselamatan premis yang terbabit dengan pengajian agama di negeri ini, terutama pusat tahfiz.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan (MTPNK), Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata ia bagi mengelakkan kejadian di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Kuala Lumpur 14 September lalu, terjadi di negeri ini.

“Apa yang berlaku di Jalan Keramat Ujung itu satu peristiwa yang menyayat hati. Kita reda dengan apa yang berlaku tetapi pada masa sama, perkara itu tidak sepatutnya berlaku lagi pada masa depan.

“Caranya adalah ikut syarat ditetapkan kerajaan. Kita harap di Kelantan, pusat tahfiz akan mula diperiksa JBPM secepat mungkin supaya kejadian sama tidak berlaku,” katanya yang juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita pada program Ziarah Kasih dan meninjau beberapa Pusat Daerah Mengundi (PDM) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelaboran dan DUN Pengkalan Kubor, malam tadi.

Selasa lalu, mesyuarat Jawatankuasa Peringkat Tinggi (HLC) mengenai Pasukan Petugas Khas Sekolah-sekolah Tahfiz, antara lain mengesyorkan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) dipinda.

Ia bagi membolehkan pendaftaran institusi pendidikan Islam swasta, termasuk sekolah tahfiz swasta tertakluk di bawah akta itu dengan persetujuan kerajaan negeri.

Cadangan itu adalah langkah proaktif dalam mencari jalan menangani isu berkaitan sekolah tahfiz termasuk aspek keselamatan kerana pengurusan sekolah itu kini di bawah bidang kuasa kerajaan negeri.

Yang turut dicadangkan, premis maahad tahfiz, sekolah agama, rumah anak yatim, rumah orang tua dan pusat asuhan kanak-kanak harus mematuhi piawaian keselamatan.

Ia susulan tragedi kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang meragut 23 nyawa termasuk 21 pelajar. – BERNAMA

Tags: BombaDatuk Seri Mustapa Mohamed
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd