• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bibi Wanita Pertama Terajui Kafa

oleh Ahmad Albab
18/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU – Usahawan wanita, Bibi Ramjani Ilias Khan memecah tradisi bola sepak Kelantan apabila dipilih sebagai wanita pertama menerajui Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kafa) sejak ditubuhkan pada 1946.

Beliau merupakan wanita kedua di negara ini yang dilantik sebagai presiden persatuan bola sepak selepas pelantikan Tunku Tun Aminah Maimunah Iskandariah sebagai Presiden Johor Darul Ta’zim (JDT) Julai tahun lepas.

Timbalan Presiden Kafa, Datuk Seri Afandi Hamzah ketika mengumumkan pelantikan Bibi Ramjani berkata usahawan wanita itu akan memimpin persatuan itu bagi penggal 2017 hingga 2021.

Baca: Presiden Kafa: “Saya Calon Underdog” – Bibi Ramjani

Afandi berkata, pengiraan undi bagi jawatan nombor satu itu terpaksa dilakukan sebanyak dua kali selepas seorang calon presiden, Datuk Muhammad Nasir Hamzah, yang juga naib presiden, tidak berpuas hati ketika pengiraan kali pertama dilakukan.

“Pada pengiraan kali pertama, Bibi Ramjani mendapat 32 undi daripada Persatuan Bola Sepak Jajahan manakala Muhammad Nasir pula 19 undi sehingga menyebabkan beliau menentang pengiraan tersebut.

“Bagaimanapun pada kiraan kali kedua, Bibi Ramjani kekal mendapat 32 undi manakala Muhammad Nasir hanya menerima 16 undi,” katanya kepada pemberita selepas Kongres Kafa Kali ke-63 di sini, Ahad malam.

Kongres tersebut berlangsung pada pukul 3 petang Ahad dan berakhir kira-kira 9.15 malam.

Juga: Bos Desa Murni Batik Pun Tawar Diri Terajui Kafa

Dalam pada itu, Afandi berkata, beliau berjaya mempertahankan jawatannya sebagai Timbalan Presiden Kafa selepas mengumpul 39 undi, sekali gus menewaskan pencabarnya iaitu Datuk Rosmadi Ismail yang sebelum ini merupakan naib presiden yang mendapat 27 undi.

Beliau berkata, bagi jawatan naib presiden pula dimenangi Datuk Aizuddin Nik Abdul (39 undi), Nik Pakheruddin Nik Abdul Kadir (27 undi) dan Datuk Nik Izani Nik Ibrahim (21 undi), manakala dua calon lain iaitu Azman Ibrahim dan Datuk Mohd Rosdi Ab Aziz menarik diri di saat-saat akhir sebelum pengundian bermula.

Katanya, selain itu, 10 muka baharu turut dipilih sebagai Exco Eksekutif Kafa iaitu Datuk Mohd Rowi Dollah (51 undi), Wan Rakemi Wan Zahari (42 undi), Nubli Ab Latiff (40 undi), Datuk Shaari Mat Husin (37 undi), Zulkifli Omar (37 undi), Akmal Ahmad Tabarani (33 undi), Mohammad Ausri Husin (29 undi), Azrul Mohd Zawawi (28 undi), Mohamed Fareez Nor Amran (26 undi) dan Datuk Azam Ismail (24 undi).

Sementara itu, Bibi Ramjani, ketika ditemui pemberita, berharap agar penyokong Kelantan memberikan beliau sedikit masa untuk menstrukturkan Kafa dan pasukan ‘The Red Warriors’ agar Kelantan kembali menjadi antara gergasi bola sepak negara yang digeruni.

Beliau turut mengucapkan terima kasih kepada Persatuan Bola Sepak Jajahan yang memberi mandat kepada beliau untuk mengemudi Kafa bagi penggal tersebut.

Bibi Ramjani sebelum ini dilaporkan akan membawa masuk penajaan daripada tiga syarikat multinasional untuk mengukuhkan kedudukan kewangan Kafa jika dipilih sebagai presiden persatuan tersebut. – BERNAMA

Tags: Bibi Ramjani Ilias Khan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Polis Perak Rampas Dadah RM10.5 Juta Bagi Jan-Ogos

Next Post

Op Dakwa LHDN Sandakan Tumpu 86 Syarikat, Individu

Related Posts

Bibi Ramjani Letak Jawatan Presiden KAFA

18/06/2019
0

KOTA BHARU - Usahawan batik, Bibi Ramjani Ilias Khan akhirnya melepaskan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) berkuatkuasa...

KAFA Tak Mahu Ulangi Kesilapan Lantik Jurulatih

28/12/2018
0

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) tidak mahu mengulangi kesilapan lalu dalam melantik jurulatih untuk mengemudi skuad The...

Next Post

Op Dakwa LHDN Sandakan Tumpu 86 Syarikat, Individu

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd