• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berhemat Bantah Pesta Arak – PAN

oleh AK-47
20/09/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Isu penganjuran pesta arak besar-besaran Better Beer Festival tidak wajar merencatkan usaha untuk menumbangkan UMNO dan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14).

Pengarah Hal Ehwal Syariah Parti Amanah Negara (PAN), Zolkharnain Abidin mendakwa kononnya isu pesta arak itu cuma bersifat provokasi yang boleh memberi kelebihan kepada UMNO dan BN.

Beliau turut meminta pihak yang membantah penganjuran pesta arak tersebut supaya lebih berhemat dalam mengeluarkan sebarang kenyataan supaya tidak mengundang keresahan umum dengan isu-isu sensitif sebegitu.

“Momentum untuk menolak UMNO dan BN dalam PRU akan datang tidak wajar direncatkan dengan pelbagai isu-isu yang bersifat provokasi bertujuan memberi nafas kepada UMNO dan BN.

“Pemimpin politik sama ada pihak yang memandang penganjuran acara ini daripada sudut keluasan ruang demoktasi atau yang melihatnya dari sudut kerosakan moral, seharusnya lebih berhemat dalam mengeluarkan sebarang kenyataan.

“Isu-isu sensitif sebegini memerlukan kehemahan bertahap tinggi untuk ditangani supaya tidak menatijahkan implikasi buruk yang lebih besar,” dakwanya dalam satu kenyataan media hari ini.

DAP sebelum ini membidas pihak yang neminta pihak berkuasa melarang penganjuran pesta arak besar-besaran di ibu negara Better Beer Festival 2017.

Menurut pemimpin DAP, bukan hanya umat Islam tinggi di negara ini, maka hak bukan Islam untuk minum arak tidak boleh dilarang.

DAP turut mengingatkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) supaya tidak berlagak menjadi jaguh agama Islam di Malaysia kerana ia melanggar hak asasi.

Ia ekoran DBKL mengumumkan pihaknya tidak membenarkan pesta arak besar-besaran Better Beer Festival diadakan.

Pakatan Harapan dibarisi oleh DAP, Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAN.

Tidak seperti DAP, Zolkharnain bagaimanapun menyokong langkah DBKL menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 pada 6 dan 7 Oktober 2017. – MYNEWSHUB.CC

Tags: PANpesta arak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

PAN Turut Tolak Iktiraf ICERD

13/11/2018
0

SHAH ALAM – Parti Amanah Negara (PAN) menolak cadangan untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD)...

PAN Harap Pimpinan Baharu Ulama Sebar Islam Sahih

09/11/2018
0

KUALA LUMPUR - Parti Amanah Negara (PAN) mengucapkan tahniah kepada Prof. Dr Ahmad Abd. Salam Al Rausuni sebagai Ketua Kesatuan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd