JUMAAT merupakan hari yang paling mulia bagi agama Islam serta penghulu segala hari. Selain itu ia juga merupakan hari doa kita akan dimakbulkan oleh Allah SWT.
Malah Jumaat menjadi hari yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam bagi menunaikan solat Jumaat. Hari Jumaat juga sering dipilih sebagai tarikh keramat bagi pasangan yang ingin berumah tangga.
Nampaknya ada perkhabaran gembira pada hari ini mengenai pasangan merpati dua sejoli, Laudya Cynthia Bella dan pasangannya, Engku Emran Engku Zainal Abidin.
Mereka dinikahkan pada pukul 4.30 petang ini di Kuala Lumpur. Terdapat satu gambar kad undangan majlis perkahwinan mereka tersiar di media sosial sejak pagi Jumaat.

Namun, walaupun butiran yang lain mengenai majlis ini tidak jelas di dalam kad undangan tersebut, tapi terpampang di situ tarikh pernikahan dan nama mereka berdua di kad tersebut.
Bella juga ada memuat naik satu gambar ketika bridal shower yang diadakan dekat Jakarta bersama beberapa teman rapatnya.



Ramai peminat membanjiri ruangan komen di Instagram milik Bella dengan memberikan ucapan tahniah kepadanya di atas majlis pernikahannya yang bakal berlangsung itu.
Sejak semalam lagi kelihatan beberapa orang sahabat baik Bella sudah sampai ke Malaysia bagi meraikan majlis itu. Antaranya ialah Zaskia Sungkar serta pasangan, Irwansyah, Whulandari Herman dan Melly Goeslaw juga sudah sampai ke sini.
Lebih lucu lagi bila isteri kepada penyanyi lagu Pencinta Wanita, Irwansyah sendiri memuat naik satu gambar ketika bridal shower dengar kapsyen ‘sold out’ yang ditujukan kepada Bella.


Mereka dikatakan bakal menginap di hotel sekitar KLCC. Atau mungkin majlis itu akan diadakan di hotel tersebut? Tapi lokasi majlis itu masih menjadi tanda tanya banyak pihak.
Yelah, mungkin Bella dan Emran tidak mahu majlis pernikahan ini digembar gemburkan oleh pihak media. Mungkin bagi majlis pernikahan ini diadakan secara kecil-kecilan, dan mana tahu majlis persandingan nanti akan diadakan secara terbuka?
Mudah-mudahan majlis ini akan berjalan dengan lancar hendaknya. Semoga pasangan ini mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T – MYNEWSHUB.CC/Ainaa Hafizah