• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bajet 2018 Bakal Bela Nasib Pusat Tahfiz – PM

oleh
30/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Mengambil kira kedaifan prasarana pusat-pusat tahfiz di negara ini, kerajaan dijangka mengumumkan beberapa bentuk bantuan dan faedah kepada untuk pusat-pusat tersebut di dalam Bajet 2018 yang akan dibentangkan 27 Oktober ini.

Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, pihaknya mengambil maklum berkaitan peristiwa sedih yang dialami Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung yang dijilat api sehingga mengorbankan 23 penghuninya.

Katanya, pihak Majlis Tertinggi UMNO sendiri berharap kerajaan bertindak tegas terutama membabitkan soal keselamatan di pusat-pusat tahfiz di seluruh negara.

“Kita ambil maklum perkembangan mengenai peristiwa sedih kebakaran tahfiz di Kuala Lumpur baru-baru ini dan semua kepemimpinan tertinggi UMNO mahu kerajaan bertindak tegas dalam soal keselamatan di pusat-pusat tahfiz ini, sebelum hal-hal lain seperti kurikulum.

“Kami akan mengumumkan sesuatu berhubung kedudukan semua pusat-pusat tahfiz dalam negara di dalam Bajet 2018,” katanya selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam tadi.

Yang turut hadir Naib Presiden UMNO yang menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi; Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor serta barisan kepemimpinan tertinggi parti.

Pada masa sama Najib berkata, Bajet 2018 yang akan dibentangkan pada minggu terakhir Oktober ini bakal menjadi bajet yang seimbang demi memenuhi janji dan komitmen kerajaan untuk memberi keyakinan kepada pasaran.

Katanya, kerajaan mengambil pendekatan bertanggungjawab dalam menyediakan perbelanjaan negara dan bukan mengejar populariti semata-mata.

“Perbelanjaan secara bertanggungjawab akan menjadi keutamaan namun kerajaan tetap akan mengadakan program-program yang penting bagi melindungi kebajikan rakyat serta memberi manfaat kepada sektor-sektor penting negara,” katanya.

Tambah Perdana Menteri, Bajet 2018 penting buat kerajaan untuk mengekalkan suasana positif negara ekoran susulan kemampuan kerajaan menyediakan perkhidmatan pengangkutan awam transit aliran massa (MRT), kecemerlangan negara dalam Sukan SEA Ke-29 serta Sambutan Hari Kebangsaan 2017 beberapa minggu lalu. – Agensi/Mynewshub.cc/HAA

Tags: Bajet 2018tahfiz
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

Pukul Ustaz Di Pusat Tahfiz, 3 Suspek Direman 4 Hari

14/08/2022
0

Kuala Lumpur : Tiga lagi suspek yang ditahan semalam, berhubung kes serangan terhadap seorang ustaz di sebuah pusat tahfiz di...

Tukang Cuci Dilantik Imam Masjid

23/11/2019
0

DOHA - Siapa sangka seorang tukang cuci masjid diangkat martabatnya sebagai imam di sebuah masjid di Doha, Qatar kerana memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd