• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 25, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Atlet Bina Badan Meninggal Selepas Sertai Tinju

oleh AK-47
24/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SINGAPURA – Presiden Persekutuan Bina Badan dan Sukan Fizikal Dunia Singapura, Pradip Subramaniam meninggal dunia di Hospital Besar Singapura pada Sabtu, demikian menurut Asia Fighting Championship (AFC).

Dalam satu kenyataan awal pagi pagi ini, AFC berkata Subramaniam meninggal dunia pada 9 malam.

“Kami sentiasa berhubung dengan kakitangan perubatan di hospital bagi memastikan punca kematian,” kata AFC.

Sementara itu, Channel News Asia (CNA) melaporkan Subramaniam, 32, meninggal dunia selepas menyertai perlawanan tinju menentang personaliti YouTube, Steven Lim di Marina Bay Sands pada awal malam Sabtu.

Menurut laporan itu, Lim, 41, memenangi perlawanan tersebut menerusi ‘knockout’ teknikal.

CNA turut melaporkan Subramaniam menggantikan bekas peserta Singapore Idol, penyanyi Sylvester Sim yang menarik diri daripada perlawanan disebabkan isu insurans.

Dalam catatan Facebooknya, Lim mengucapkan takziah kepada keluarga mendiang.

“Ini saat yang menyedihkan buat saya apabila mengetahui tentang berita yang memeranjatkan itu! Anda ajar kami semua tentang nilai keberanian dan kekuatan serta kepentingan gaya hidup sihat dan cergas. Salam takziah kepada anda, anda memang hero kami,” kata Lim.

Sementara itu, AFC berkata projek Subramiam, AFC Physique Championships yang dijadualkan hari ini akan dibatalkan sebagai tanda penghormatan. – BERNAMA

Tags: personalitiwarga singapura
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Fathia Latiff Mohon Peluang Perbaiki Diri

Next Post

Adegan ‘Bercium’ Sebahagian Jalan Cerita

Related Posts

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

Pendaki Warga Singapura Parah Tergelincir Di Gunung Kinabalu

11/07/2024
0

RANAU: Seorang pelancong warga Singapura parah selepas tergelincir di kilometer 8.3, Summit Trail, ketika menuruni puncak Gunung Kinabalu, di sini,...

Lelaki Maut Dalam Pergaduhan, Dua Warga Singapura Direman

Lelaki Maut Dalam Pergaduhan, Dua Warga Singapura Direman

28/10/2023
0

Johor Bahru : Dua lelaki warga Singapura ditahan reman selama sehari bagi membantu siasatan kes pergaduhan menggunakan senjata tajam hingga...

Next Post

Adegan 'Bercium' Sebahagian Jalan Cerita

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd