• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, August 11, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Asyik Kangkang, Hijabista Ini Teruk Dihentam Netizen

oleh
05/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BERTUDUNG sudah nampak manis, cantik pula tu. Sejuk aje mata memandang tapi… sayang… perangai pula tidak kena.

Tular di laman sosial baru-baru ini, beberapa keping foto gadis dalam keadaan posing berhijab sambil mengangkang telah menarik perhatian orang ramai.

Tindakan gadis Muslim berkenaan yang memuat naik foto tersebut telah mendapat hentaman yang teruk dalam kalangan netizen.

Apa yang membuat keadaan menjadi semakin ‘panas’ adalah terdapat salah satu daripada gambar itu yang disertakan dengan kapsyen, ‘Nasi kangkang nak?’.

Nasi kangkang ye dik…Dah biasa buat ke macam mana? Hmmm…

Berikutan kenyataan berani mati itu, orang ramai dilihat tidak teragak-agak untuk mengecam gadis berkenaan.

Bagaimanapun, menurut sumber tidak lama selepas itu kenyataan tersebut telah dipadam dan diupdate dengan hanya meletakkan emoji sahaja.

Bukan itu sahaja, malah ruangan komen pada gambar berkenaan turut telah ditutup oleh tuan empunya akaun.

Hijabista yang dikenali sebagai Yaya itu tampil memberi penjelasan berkenaan tindakan tersebut.

Dia juga tidak menyangka bahawa dirinya akan dihentam sebegitu teruk kerana apa yang dilakukan itu hanyalah sekadar untuk tujuan ‘suka-suka’ sahaja.

Yaya, 19, turut mengakui sendiri gambar dalam keadaan pose kangkang itu sebenarnya adalah tidak sesuai dalam kalangan masyarakat di negara ini terutama bagi golongan yang berhijab.

“Pada mulanya, saya sekadar suka-suka muat naik gambar mengangkang tu. Tapi, ramai yang DM (mesej langsung) menyindir saya tanya buat ‘nasi kangkang’ ke?

“Sebab tu lah, saya buat keterangan ‘nasi kangkang’ pada gambar seterusnya bagi membalas pertanyaan dan sindiran netizen,” ujarnya melapor mStar Online.

Gadis kelahiran Kuala Terengganu ini bagaimanapun dilihat mempunyai alasan yang tersendiri berhubung tindakan ‘panas’ tersebut.

Ketika ditanya soal kapsyen yang dipadam, Yaya memberitahu tindakan itu dibuat sejurus ditegur oleh majikannya selain tidak mahu kekecohan terus berlaku.

“Ini pertama kali saya dikecam hebat oleh netizen. Mungkin inilah dugaan yang terpaksa dihadapi oleh usahawan usahawan yang berjaya,” kata anak kedua daripada tiga beradik ini.

Tambahnya lagi, dia tidak kisah sekiranya dikecam teruk oleh orang luar. Namun apa yang membuat dia terkilan ialah kawan baiknya sendiri turut mengecam.

“Saya okay saja apa orang nak kata tapi terkilan sebab rakan-rakan saya sendiri yang turut mengecam,” katanya.

Yaya memberitahu, dia akan mempertimbangkan untuk delete semua gambar asyik pose ‘kangkang’ tersebut bila tiba masanya nanti.

Dik…awak tu bertudung, tak manis duduk kangkang macam tu. Kepit sikit lah.

Lagi manis kalau awak duduk bersimpuh. Macam wanita melayu terakhir gitu. Hakak gerenti tak ada sapa yang kecam lepas ni… – MYNEWSHUB.CC/AmyMaizura

Tags: berhijabdikecamhijabista
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Logo TH Di Hotel Penginapan Dipajak 10 Tahun Di Saudi

Next Post

Pusat Pemindahan Banjir Di Alor Gajah Ditutup

Related Posts

Mujahid Dikecam Netizen Gara-Gara #NotmyPm

04/03/2020
0

KUALA LUMPUR - Tindak-tanduk Datuk Seri Mujahid Yusof memuat naik gambar Tan Sri Muhyiddin Yassin dengan #notmypm nampaknya ‘memakan’ diri sendiri....

Nor ‘Phoenix’ Diana Pencetus Wanita Berhijab Terlibat Gusti

01/08/2019
0

KUALA LUMPUR - Bak kata pepatah, di mana ada kemahuan, di situ ada jalan! Begitulah perumpamaan untuk menggambarkan kejayaan seorang...

Next Post

Pusat Pemindahan Banjir Di Alor Gajah Ditutup

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd