• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, May 18, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

APM Giat Adakan Persediaan, Latihan Hadapi Banjir

oleh AK-47
25/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA NERUS – Angkatan Pertahananan Awam Malaysia (APM) Wilayah Timur giat mengadakan persediaan dan latihan menggunakan aset baharu bagi menghadapi musim monsun timur laut hujung tahun ini.

Pengarah Bahagian Pengurusan Angkatan APM PPj (PA) Ahmad Afandi Mohammad berkata pihaknya telah mendapat kemudahan aset terbaharu seperti lori seberat lapan tan dan menyelenggara bot secara berterusan.

“Tinjauan kali ini adalah bagi memastikan pangkalan hadapan kami dilengkapi dengan keperluan yang mencukupi dalam menghadapi banjir kelak di samping memastikan kesejahteraan rakyat dapat terus dijaga…namun begitu selain logistik, aspek yang turut kita titikberatkan juga ialah kemudahan perubatan dan bekalan makanan yang mencukupi,

Mesyuarat hari ini akan lebih kepada pelarasan dalam mencari persefahaman operasi bagi ketiga-tiga negeri di wilayah pantai timur untuk mencapai sasaran Petunjuk Prestasi Utama (KPI) memberi bantuan kepada mangsa secepat mungkin,” katanya kepada pemberita pada Mesyuarat Khas Pengurusan Operasi Pantai Timur hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Operasi APM Terengganu merangkap Setiausaha Pengurusan Bencana Negeri Terengganu Mejar Amir Sharifuddin.

Beliau berkata, APM juga telah menubuhkan Pasukan Tindak Balas Komuniti yang berperanan mengambil tindakan awal sebelum pasukan utama tiba ke tempat bencana.

Katanya, sehingga kini 65,000 anggota APM, termasuk sukarelawan telah berdaftar di seluruh pantai timur.

“Kerajaan negeri juga sangat proaktif tentang persediaan pengurusan banjir…sehingga kini beberapa mesyuarat pengurusan telah dijalankan sebanyak dua kali iaitu Mac lalu dan pada bulan ini (September) bagi memastikan kesiapsiagaan semua agensi dan pegawai terutama di peringkat daerah untuk menghadapi banjir,” katanya. – BERNAMA

Tags: APM PPj (PA) Ahmad Afandi Mohammad
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Abby Abadi, Norman Hakim Sanding Sekali Lagi

Next Post

Nafsu Tak Boleh Kawal, Belum Rogol Dah ‘Pancut’

Related Posts

No Content Available
Next Post

Nafsu Tak Boleh Kawal, Belum Rogol Dah 'Pancut'

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd