• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Al Kisah Kapak Hero Tak Didendang

oleh AK-47
03/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Tangisan dua anak kecil di tempat duduk belakang sebuah kereta tidak dapat menyedarkan pasangan suami isteri yang dipercayai ibu bapa kanak-kanak itu yang berada di tempat duduk hadapan kenderaan yang terlibat dalam satu kemalangan.

Kemalangan membabitkan dua kereta dekat Pengkalan Hulu, Perak, pada Rabu lalu itu menyaksikan api mulai marak dari kereta sebelah dan bila-bila masa boleh meletup sebelum menyambar kenderaan yang dinaiki empat beranak itu.

Kesemua mereka terperangkap di dalam kereta dan cubaan orang awam untuk memecahkan kenderaan tersebut tidak berjaya.

Namun tindakan pantas seorang warga emas mencapai sebilah kapak yang disimpan dalam pacuan empat rodanya berjaya memecahkan pintu kereta tersebut.

Keberanian lelaki bernama Oon Thoo Seen, 66, itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Slim, Datuk Mohd Khusairi Abdul Talib di laman sosial pada Khamis.

Wakil rakyat itu memuji keberanian Thoo Seen mempertaruhkan nyawanya demi menyelamatkan insan-insan yang memerlukan pertolongan.

“Saya kagum dengan keberanian Oon. Sikap prihatin dan kemurnian Oon sebagai ‘hero tak didendang’ wajar dicontohi rakyat Malaysia,” kata Mohd Khusairi kepada mStar Online.

Dua kereta musnah terbakar dalam satu kemalangan dekat Pengkalan Hulu, Perak, Rabu lalu.

Sementara itu, bercakap kepada portal berita ini, Thoo Seen berkata, ia merupakan pengalaman kedua dia membantu menyelamatkan mangsa kemalangan dengan yang pertama kira-kira 30 tahun lalu.

Warga emas dari Sungai Petani, Kedah ini menjelaskan bahawa apa yang dilakukannya sekadar tanggungjawab kecil sebagai manusia dan rakyat Malaysia.

“Saya hanya membantu, yang menyelamatkan mereka (mangsa) adalah Tuhan. Kalau ada orang susah, kita kena sama-sama tolong.

“Tak kan nak tunggu polis atau bomba dulu. Sementara tunggu bantuan datang, kita sebagai orang awam yang berada di tempat kejadian perlu cuba apa saja yang boleh,” katanya kepada mStar Online.

Salah seorang mangsa yang terperangkap di dalam kereta berjaya dikeluarkan dengan bantuan Thoo Seen dan beberapa orang awam.

Berkongsi detik cemas itu semasa dalam perjalanannya dari Sungai Petani ke Pengkalan Hulu, bapa kepada empat anak dan datuk kepada dua cucu ini memberitahu, pada awalnya, pintu kereta cuba dipecahkan menggunakan batu tetapi tak berjaya.

“Kebetulan ada kapak di dalam kereta, jadi tanpa berfikir panjang, saya cepat ambil dan pecahkan pintu kereta.

“Setelah pintu berjaya dibuka, beberapa orang awam lain turut bantu mengeluarkan mereka sebelum api dari kereta sebelah menyambar kereta mangsa,” katanya.

Mengenai kisahnya sebagai hero tidak didendang kini tular, kontraktor pembinaan ini hanya mampu mengucapkan terima kasih di atas penghormatan tersebut.

“Saya biasa-biasa saja, saya masih Oon. Namun saya berharap lebih ramai rakyat Malaysia terutama anak muda bersikap prihatin terhadap keadaan sekeliling.

“Kalau kita lebih peka, mungkin kita sedar sebenarnya ada orang lain dalam kesusahan yang memerlukan bantuan,” ujar Thoo Seen. – mStar Online

Tags: heroorang awam
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

MH370: Jangan Buat Spekulasi Kematian Konsul

Next Post

White Room… Hukuman Yang Tidak Sakit Tapi Kejam!

Related Posts

Serangan Udara Di Khartoum Membunuh 20 Orang Awam

Serangan Udara Di Khartoum Membunuh 20 Orang Awam

03/09/2023
0

WAD MADANI (Sudan): Penduduk Khartoum terjaga hari ini akibat tembakan meriam dan roket, beberapa jam selepas serangan udara di selatan...

Pemandu Lori Cuba Rempuh Orang Awam Minum Ditahan

Pemandu Lori Cuba Rempuh Orang Awam Minum Ditahan

07/02/2023
0

Seremban : Polis menahan seorang pemandu lori dipercayai cuba merempuh orang awam yang sedang minum di meja bahagian luar sebuah...

Next Post

White Room... Hukuman Yang Tidak Sakit Tapi Kejam!

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd