• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Tawar Diskaun Bonanza 50 Peratus

oleh AK-47
22/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

AIRASIA Bhd menawarkan tawaran eksklusif sehingga 50 peratus diskaun bagi penerbangan ke Indonesia pada ‘Wonderful Indonesia AirAsia Travel Fair 2017’ selama tiga hari yang diadakan di IOI City Mall, Putrajaya, mulai hari ini.

Pameran pelancongan itu dianjurkan oleh Kementerian Pelancongan Indonesia dan AirAsia, dan merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan syarikat penerbangan tambang rendah itu untuk memacu pelancongan ke Indonesia dan Malaysia.

Ketua Komersial AirAsia Bhd Spencer Lee berkata kepulauan Indonesia merupakan antara kebanggaan ASEAN dan syarikat berbangga untuk membawa pelancong ke 15 bandar yang berbeza di negara itu.

“Melalui pameran pelancongan ini, kami menyaksikan permintaan perjalanan yang positif antara Indonesia dan Malaysia dan kami berharap dapat meningkatkan lebih banyak ketibaan pelancong bagi kedua-dua negara dengan memanfaatkan rangkaian luas dan tawaran hebat kami,” katanya dalam kenyataan.

Pengunjung boleh mendapatkan tambang eksklusif oleh AirAsia yang boleh didapati hanya bagi tempahan pada pameran pelancongan itu untuk tempoh perjalanan dari 1 Mac, 2018 hingga 21 Nov, 2018.

AirAsia menghubungkan Malaysia dengan Indonesia melalui lebih 350 kali penerbangan mingguan ke Banda Aceh, Bandung, Bali, Jakarta, Lombok, Medan, Pekanbaru, Palembang, Padang, Pontianak, Semarang, Solo, Surabaya, Makassar, dan Yogyakarta.

Antara laluan itu turut termasuk laluan unik seperti Kuching ke Pontianak, Kuala Lumpur ke Semarang, Kuala Lumpur ke Solo, Kuala Lumpur ke Makassar dan banyak lagi.

Selain beroperasi daripada hab utamanya di Kuala Lumpur, syarikat penerbangan itu turut membawa penumpang dari Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuching ke Indonesia dan baru-baru ini, menambah lebih banyak kekerapan ke beberapa laluan untuk memenuhi permintaan perjalanan yang meningkat bagi Indonesia dan Malaysia. – Bernama

Tags: AirAsia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

Ini Masanya Nak Cuba Aktiviti ‘Rare’ Di Auckland. AirAsia Tawar Promo Tiket Bermula RM1,199 Sahaja!

07/08/2023
0

Pasti ramai antara kita yang pernah mengimpikan untuk suatu hari melancong ke        New Zealand, negara yang memiliki...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd