• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Tawar 5 Juta Tempat Duduk

oleh AK-47
10/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Sejumlah 5 juta tempat duduk ditawarkan di airasia.com dan aplikasi mudah alih AirAsia dari 11 hingga 17 September bagi perjalanan antara 1 Mac 2018 dan 21 November, 2018.

AirAsia dalam kenyataan berkata, orang ramai boleh menikmati tambang serendah RM0 ke destinasi dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Brunei, Lombok, Shantou, Kolkata, Phnom Penh, Pattaya, Davao dan banyak lagi menerusi penerbangan AirAsia (AK), selain mulai RM199 dari Kuala Lumpur ke Taipei, Shanghai, Sydney dan lain-lain bagi penerbangan AirAsia X (D7).

Penumpang yang menggunakan AirAsia X juga boleh melalui pengalaman menggunakan Premium Platbed yang pernah memenangi anugerah, mulai RM699 dari Kuala Lumpur ke Perth, Seoul, Osaka, Taipei dan destinasi lain.

BIG Members boleh menikmati mata keutamaan dan boleh membuat tempahan di airasia.com dan menebus penerbangan bermula dari 0 BIG Points, secara eksklusif menerusi aplikasi mudah alih BIG Loyalty mulai Ahad.

“AirAsia akan terus menambah penerbangan ke lebih banyak destinasi, menjadikan perjalanan lebih mudah. Kami mahu pengguna kami dapat memanfaatkan sepenuhnya kelebihan kekerapan kami yang tiada tandingannya ke tempat baharu dan sedia ada dan untuk itu kami menawarkan sehingga lima juta tempat duduk promosi dalam kempen Tempat Duduk Percuma terbesar yang pernah diadakan bagi membantu mereka melakukan perjalanan,” kata Ketua Pegawai Komersial Kumpulan AirAsia Siegtraund Teh. – BERNAMA

Tags: AirAsiaMelancongpenerbangan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

Penerbangan Ditunda Lima Kali, Ka Siong Tegur Air Asia

21/07/2024
0

SHAH ALAM - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong menzahirkan rasa tidak kecewa terhadap perkhidmatan syarikat penerbangan tambang murah,...

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd