• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Aidil Zafuan Digantung 4 Perlawanan – AFC

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Malaysia kehilangan khidmat pemain pertahanan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak pada baki tiga perlawanan aksi kelayakan Piala Asia 2019 selepas dikenakan tindakan penggantungan empat perlawanan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Jawatankuasa Disiplin dan Etika AFC mengenakan penggantungan terhadap pemain Johor Darul Ta’zim itu kerana mengeluarkan kata-kata tidak sepatutnya kepada pengadil dari Australia, Christopher Beath, ketika Malaysia seri 1-1 menentang Hong Kong dalam aksi kelayakan tersebut di Stadium Hang Jebat, 15 Sept lepas.

AFC dalam laman web, www.the-afc.com, menyebut pemain berkenaan juga didenda US$5,000 (RM21,040) kerana melanggar Artikel 50.1, iaitu kesalahan mencemarkan permainan.

Keputusan penggantungan itu menyaksikan Aidil Zafuan tidak akan beraksi pada tiga perlawanan di tempat lawan melibatkan pertemuan antara Malaysia dan Korea Utara di Pyongyang pada 5 Oktober ini, Hong Kong (10 Oktober) dan aksi menentang Lubnan di Beirut pada 27 Mac 2018.

“Satu lagi penggantungan perlawanan akan dijalankan seterusnya ​​​​mengikut Artikel 38.2.1 Kod Disiplin dan Etika AFC,” kata AFC, sambil mengingatkan pemain berkenaan bahawa hukuman lebih keras akan dikenakan ke atasnya jika mengulangi kesalahan sama pada masa akan datang.

Malaysia menghuni tangga tercorot Kumpulan B selepas mengutip satu mata selepas dua perlawanan. – BERNAMA

Tags: Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd