• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 2, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ahli Perniagaan Parah Terkena Tujuh Das Tembakan

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG ahli Perniagaan parah selepas terkena tujuh das tembakan dipercayai dilepaskan lima suspek lelaki di Jalan Besar Kuala Medang-Sg Koyan, Lipis, kira-kira 10 malam tadi.

Dalam kejadian itu mangsa lelaki berusia 55 tahun dikatakan dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Raub sebelum diserang kumpulan lima lelaki yang dipercayai melepaskan tembakan dari jarak dekat.

Ketua Polis Daerah Lipis, Superintendan Azry Akmar Ayob berkata, ketika kejadian mangsa memandu kenderaan jenis Toyota Hilux secara berseorangan sebelum diserang kumpulan suspek yang menaiki kereta Proton Wira.

“Siasatan awal mendapati mangsa cedera di bahagian badan selepas terkena tujuh tembakan dilepaskan kumpulan suspek.

“Motif kejadian masih lagi disiasat. Kami (polis) akan merakamkan keterangan mangsa sebaik keadaan mengizinkan dan saksi kejadian serta mendapatkan beberapa petunjuk lain di lokasi kejadian,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Beliau berkata, bahagian forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang turut dipanggil bagi membantu siasatan termasuk mendapatkan kesan cap jari dan kelongsong peluru yang terdapat di lokasi kejadian.

Difahamkan mangsa dibawa ke Klinik di Sungai Koyan oleh orang ramai selepas kejadian dan kini dirawat di Hospital Kuala Lipis.

Azry berkata siasatan dijalankan mengikut Seksyen 3 Akta Senjata Api dan Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan. – Harian Metro

*Video di bawah sekadar hiasan…

Tags: tembakan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Tragedi Tanduo Sedarkan Rakyat Nilai Keamanan

Next Post

Hukuman Juvenil Tidak Memadai – Keluarga Mangsa

Related Posts

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

Suspek Penembak Dikenal Pasti, Polis Siasat Motif Serangan Terhadap Tukang Cuci

09/02/2025
0

SHAH ALAM: Polis sudah mengenal pasti suspek yang terbabit dalam insiden tembakan di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam, malam...

Biden Kekal Tidak Sokong Pencerobohan Di Rafah

‘Bunyi Letupan, Tembakan Jelas Kedengaran Sampai Terjaga Daripada Tidur…’

29/04/2024
0

RANTAU PANJANG: Penduduk yang tinggal di sempadan Malaysia-Thailand di sini mengakui terkejut mendengar bunyi letupan dan bedilan kuat yang dipercayai...

Next Post

Hukuman Juvenil Tidak Memadai - Keluarga Mangsa

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd