• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Abang Jo Ingatkan Jangan Main Isu Kaum, Agama

oleh Ahmad Albab
03/09/2017
dalam Politik, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Tun Openg hari ini mengingatkan mereka yang berkenaan agar tidak membangkitkan isu kaum dan agama dalam soal pelantikan anggota lembaga pengarah Petros.

Ini kerana katanya, mereka yang dilantik adalah individu yang sangat berpengalaman dalam industri minyak dan gas termasuk Mohd Medan Abdullah yang merupakan keturunan Kelabit yang beragama Islam, sekali gus menjawab kritikan berhubung ketiadaan wakil Dayak dalam syarikat itu.

Sebenarnya sudah ada wakil Dayak dalam Petros iaitu Mohd Medan, katanya di sini hari ini.

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai siapa daripada kaum Dayak yang akan dilantik ke dalam Lembaga Pengarah Petros.

Baru-baru ini Abang Johari mengumumkan pelantikan bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak yang pernah berkhidmat dengan Malaysia LNG Sdn Bhd, Tan Sri Hamid Bugo sebagai Pengerusi Petros bersama-sama Mohd Medan, Sharbini Suhaili, Zuraimi Sabki dan Heng Hock Heng sebagai anggota lembaga pengarah.

Bagaimanapun, terdapat segelintir pihak daripada komuniti Dayak yang mengkritik tidak ada wakil mereka dalam syarikat minyak milik kerajaan negeri itu.

Susulan kritikan itu, Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata beliau telah ditugaskan oleh Ketua Menteri untuk mengenal pasti calon yang layak daripada komuniti Dayak.

Mengulas lanjut, Abang Johari berkata pelantikan lembaga pengarah yang berkelayakan akan memastikan Petros dapat mara di landasan yang strategik selain beroperasi menurut model perniagaan yang kukuh bagi memastikan objektif penubuhannya tercapai.

Beliau juga menegaskan syarikat minyak milik kerajaan negeri itu tidak akan menjadi rakan kongsi junior Petronas.

Penubuhan Petros akan membolehkan kerajaan negeri Sarawak terlibat dalam sektor industri huluan minyak dan gas terutama dalam penerokaan dan penggalian minyak dan gas di perairan negeri.

Syarikat itu kini sedang mengenal pasti individu berkelayakan bagi mengisi beberapa lagi jawatan utama termasuk ketua pegawai eksekutif bagi membolehkannya beroperasi menjelang suku pertama tahun depan. – BERNAMA

Tags: Abang Johari Tun Openg
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

SJKT Kurang Murid Dipindah Ke Kawasan Bandar

Next Post

Masyarakat Cina Semakin Mesra BN – Chong

Related Posts

‘Tidak Perlu Terburu-buru Bentuk Kabinet Negeri’

19/12/2021
0

KUCHING: Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri. Malah,...

Jangan Takut Ambil Vaksin Covid-19 – Abang Johari

26/02/2021
0

PETRA JAYA - "Semua okay, tiada rasa apa-apa. Janganlah takut ambil vaksin," itu kata Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari...

Next Post

Masyarakat Cina Semakin Mesra BN - Chong

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd