• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 16, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

4 Jenazah Pelajar Tahfiz Dikebumi Di Ampang

oleh AK-47
17/09/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jenazah empat pelajar tahfiz yang terkorban dalam insiden kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, Datuk Keramat pagi semalam selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang di sini.

Jenazah dua beradik iaitu Azkar Abiedi F. Zaskar, 11, dan Azkar Dariemi, 8, serta sepupunya Muhammad Afiq Haqimie Hairulizwan, 11, dikebumikan dalam satu liang lahad pada kira-kira 6.30 petang.

Jenazah seorang lagi pelajar Nik Muhammad Ridzuan Nik Azalan, 12, dikebumikan secara berasingan di tanah perkuburan itu pada 8 malam.

Jenazah Azkar Abiedi, Azkar Dariemi dan Muhammad Afiq Haqimie ditalkinkan oleh Imam Surau Rajaiyah Kampung Baru, Giman Awang manakala talkin untuk jenazah Nik Muhammad Ridzuan Imam dibacakan Imam Masjid Kampung Baru Mohd Khairul Ridwan Mohd Fadzil.

Suasana pilu menyelubungi kira-kira 300 orang terdiri daripada keluarga, sanak saudara, kenalan yang menghadiri pengebumian empat daripada 23 nyawa yang terkorban dalam kebakaran pagi semalam.

Ketika ditemui selepas pengebumian, F. Zaskar Yusoh, 38, ayah kepada Azkar Abiedi dan Azkar Dariemi, berkata beliau sempat keluar bersama kedua-dua anaknya enam hari lalu sebelum mereka ditemui maut semalam.

Anggota polis berpangkat koperal di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras itu tidak menyangka kata-kata akhir anak keduanya Azkar Abiedi agar jangan sesekali meninggalkan solat pada Sabtu lalu adalah kata-kata terakhir arwah.

Katanya anak kedua dan ketiga daripada tiga adik-beradik itu sememangnya anak yang manja dan rapat dengannya.

“Mereka seronok belajar di situ (di pusat tahfiz), banyak perubahan dalam tingkah laku mereka sejak mereka masuk tiga bulan lalu.

“Saya tidak menyangka akan kehilangan kedua-dua anak saya sekelip mata,” katanya kepada Bernama selepas pengebumian anaknya di sini hari ini. – BERNAMA

Tags: Kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir Kilat Di Parit Buntar & Bagan Serai

Next Post

Jenazah Warden Tahfiz Dikebumikan Di Sungkai

Related Posts

Ittifaqiyah: 9 Mayat Penghuni Tahfiz Ditemui Rentung

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Dua pakar forensik yang memeriksa 11 daripada 23 mayat penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, yang maut...

Kebakaran Tahfiz: DNA Lelaki Ditemui Pada Tong Gas

29/01/2019
0

MAHKAMAH Tinggi Kuala Lumpur, yang mendengar perbicaraan kes pembunuhan 23 penghuni Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah diberitahu terdapat kesan DNA...

Next Post

Jenazah Warden Tahfiz Dikebumikan Di Sungkai

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd