• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Maut, 6 Hilang Ribut Maring Landa Manila

oleh Ahmad Albab
13/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Tiga maut dan enam hilang selepas ribut besar yang membawa hujan lebat mencetuskan banjir serta tanah runtuh di kawasan sekitar Manila semalam, menyebabkan sekolah, pejabat kerajaan dan premis perniagaan ditutup.

Kebanyakan mangsa yang mati dan hilang itu adalah penduduk miskin yang tinggal di zon bahaya walaupun kerajaan mengeluarkan arahan berpindah.

Hujan lebat mencetuskan tanah runtuh di timur Manila yang menyebabkan dua beradik mati ditimbus.

“Pihak berkuasa beberapa kali memberi amaran bahawa kediaman mereka berisiko dilanda tanah runtuh tetapi mereka tetap enggan berpindah,” kata pegawai pertahanan awam, Ronnie Mateo.

Seorang gadis berusia 12 tahun pula lemas selepas air sungai melimpahi tebing di pinggir Manila.

Jabatan kaji cuaca berkata, ribut yang dinamakan Maring itu melanda timur bandar Muaban sebelum bergerak melintasi pulau Luzon dan melintasi tepi Manila.

Di Calamba City, selatan Manila, enam sekeluarga termasuk kanak-kanak berusia dua tahun hilang selepas pondok mereka di tebing sungai dihanyutkan banjir.

Maring dengan kekuatan angin 100 kilometer sejam bergerak pada kelajuan 15 kilometer sejam yang menyebabkan banjir menjadi lebih buruk.

“Kerana ribut ini bergerak perlahan, ia membawa lebih banyak hujan,” kata seorang pegawai kaji cuaca, Renito Paciente.

Jurucakap Majlis Pengurusan dan Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan, Mark Timbal memberitahu, pihak berkuasa mengeluarkan arahan berpindah kepada penduduk di kawasan rendah dan berisiko dilanda tanah runtuh.

Bagaimanapun, dia tidak dapat memberitahu jumlah keseluruhan penduduk yang berpindah akibat bencana itu.

Pulau di Filipina sering dilanda taufan besar dijana daripada perubahan tekanan udara di Kepulauan Pasifik yang sering menyebabkan kemusnahan besar dan kematian. – AFP/myMetro Online

Tags: Manilaribut
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Rezeki Sampah Tengah Laut Buat Nelayan Warga Emas

Next Post

IRM & Syed Amran Teruskan Busking4Somalia

Related Posts

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

5 Minit Angin Ribut Berpusar Rosakkan 23 Rumah Di Pelangai

26/10/2024
0

BENTONG : Sekurang-kurangnya 23 rumah di tiga kampung tradisional di kawasan Pelangai, di sini rosak akibat ribut yang menerbangkan atap...

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

Tiga Feri Berpatah Balik Akibat Ribut, Satu Tersangkut Di Tebing Pasir

16/09/2024
0

Alor Setar : Tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri...

Next Post

IRM & Syed Amran Teruskan Busking4Somalia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd