• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Direman Kes Tuntutan Palsu RM23 Juta

oleh Ahmad Albab
07/09/2017
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Seorang pengurus kanan syarikat cari gali minyak adalah antara tiga individu direman selama enam hari bagi membantu siasatan kes berkaitan tuntutan invois palsu berjumlah AS$5.56 juta (RM23.65 juta) bagi satu projek di Bintulu, Sarawak pada 2015.

Perintah reman yang bermula hari ini hingga 11 September itu dikeluarkan oleh Majistret Nik Isfahanie Tasnim Wan Ab. Rahman.

Dua individu lain yang direman ialah pengarah wanita sebuah syarikat kontraktor yang dikatakan dilantik untuk melaksanakan projek itu serta seorang bekas pembantu teknikal syarikat cari gali berkenaan.

Ketiga-tiga mereka dilaporkan ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) antara pukul 2.40 petang dan 3 petang semalam.

Pengurus kanan syarikat cari gali itu dilaporkan ditahan di pejabatnya di Kuala Lumpur manakala pengarah syarikat kontraktor dan bekas pembantu teknikal itu ditahan di rumah masing-masing di Batu 9, Cheras dan Puncak Alam, Selangor.

Berdasarkan laporan media, kes itu ialah mengenai tuntutan palsu yang dilakukan melalui tiga invois syarikat kontraktor berkenaan antara April hingga Jun 2015 bagi kerja yang sepatutnya dilakukan syarikat itu.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009. – BERNAMA

Tags: SPRMTuntutan Palsu
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Komunikasi Kunci Pulih Keyakinan Antarabangsa

Next Post

Harga Minyak Naik Sikit Untuk Minggu Kedua

Related Posts

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

RM4.5 Bilion Harta Daim Di Lima Negara Akan Dibeku

29/06/2025
0

KUALA LUMPUR: Aset dan harta dikaitkan dengan bekas Menteri Kewangan, Allahyarham Tun Daim Zainuddin, keluarganya serta proksi, yang berada di...

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

‘Saya Tak Kecewa Atau Suka Syed Saddiq Bebas… Akan Rayu Di Mahkamah Persekutuan’ – Azam Baki

25/06/2025
0

PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membebaskan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq...

Next Post

Harga Minyak Naik Sikit Untuk Minggu Kedua

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd