• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

3 Agensi Di Negeri Sembilan Arah Senarai Tahfiz

oleh AK-47
27/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN – Kerajaan Negeri Sembilan telah mengarahkan sebuah jawatankuasa dianggotai tiga agensi kerajaan untuk menyenaraikan sekolah-sekolah tahfiz yang berdaftar dan tidak berdaftar di negeri ini, bagi membolehkan pemeriksaan aspek keselamatan dapat dijalankan secara menyeluruh.

Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Mohamad Hasan berkata jawatankuasa itu dianggotai oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Senarai nama sekolah tafiz yang beroperasi di negeri ini sama ada berdaftar atau tidak berdaftar akan dilihat, dikaji dan disiasat pihak bomba sekali gus menjalankan pemeriksaan aspek keselamatan mengikut Akta Perkhidmatan Bomba 1988.

Akta Bomba ini menyeluruh dan boleh pergi sampai ke hutan, maka ia juga terpakai walau di mana sekalipun lokasi sekolah tahfiz itu berada. Jadi semua sekolah tahfiz ini nanti sama ada berdaftar atau tidak, di dalam kawasan majlis atau pun tidak tetap akan didatangi dan disiasat pihak bomba,” katanya selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata selepas pemeriksaan atau siasatan selesai, maka laporannya itu nanti akan dibawa kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan untuk ditentukan tindakan susulan yang akan diambil.

“Hal berkaitan agama Islam termasuk sekolah agama ini dan adat istiadat Melayu di negeri ini adalah di bawah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan dan juga di bawah Undang Yang Empat.

Bila sudah siap laporan ini nanti, Exco akan cadangkan untuk dibawa kepada Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan untuk diputuskan tindakan seterusnya sama ada akan tutup ke, akan teruskan ke semua akan diputuskan dewan ini nanti… kerajaan negeri akan mengambil tindakan apa sahaja yang disyorkan atau dicadangkan dewan ini nanti,” katanya.

Tindakan itu juga susulan kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, di Keramat Hujung, Kuala Lumpur sebelum ini yang telah meragut 23 nyawa termasuk 21 pelajar. – BERNAMA

Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Kabul Bergegar Menjelang Lawatan Ketua NATO

Next Post

MyCARE Sasar RM350,000 Kutipan Tabung Rohingya

Related Posts

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

Bekas Setiausaha Jabatan Perdana Menteri Didakwa Salah Guna Harta RM200,000

23/05/2025
0

SHAH ALAM – Bekas Setiausaha Bahagian, Bahagian Kawal Selia Felda, Jabatan Perdana Menteri mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di...

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

Bunyi Seakan Letupan Di Shah Alam, MBSA Diminta Cari Punca – Exco

23/05/2025
0

Shah Alam: Kerajaan negeri memandang serius isu bunyi seakan letupan di sekitar Shah Alam yang masih menjadi tanda tanya dalam...

Next Post

MyCARE Sasar RM350,000 Kutipan Tabung Rohingya

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd