• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

2 Kampung Berjiran Berebut Tanah Kubur

oleh Ahmad Albab
20/09/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA TERENGGANU – Mungkin kedengaran agak pelik namun itulah yang berlaku apabila penduduk di dua buah perkampungan di sini dikatakan berbalah mengenai sempadan tanah kubur.

Pertelagahn antara penduduk Kampung Laut dan Belukar Jambu itu dikatakan bermula apabila ada penduduk dari Belukar Jambu didakwa cuba pasang pagar di dalam kawasan perkuburan seolah-olah cuba bahagikan kawasan.

Ia menimbulkan kemarahan penduduk di Kampung Laut kerana kawasan tanah perkuburan itu dikongsi mereka sejak turun temurun tanpa sebarang isu berbangkit sehinggalah pagar itu mahu diadakan di tanah perkuburan berkenaan.

Penduduk Kampung Laut sudah pastinya mempersoalkan tindakan memasang tiang pagar itu yang seolah-olah ingin mengasingkan kubur masyarakat kedua-dua kampung.

Segelintir penduduk Kampung Balukar Jambu pula mendakwa ia hanya menghalang haiwan ternakan seperti lembu masuk ke dalam kawasan kubur dan meninggalkan najis kerana pagar di bahagian Kampung Laut sering tidak berkunci.

Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Laut, Che Mat Jusoh ketika dihubungi mengesahkan menerima aduan dari penduduk berhubung perkara itu, namun katanya, ia sudah pun diselesaikan.

Menurutnya, sebelum itu, pihaknya menerima aduan ada penduduk dari Kampung Belukar Jambu didakwa cuba memasang pagar di dalam kawasan perkuburan yang menjadi tempat pengebumian penduduk di kedua-dua kampung.

“Susulan aduan itu, saya terpaksa memaklumkan perkara ini kepada penghulu mukim, dengan mengikut saluran yang sepatutnya… Saya juga sudah beritahu mengenai perkara ini kepada Pegawai Penyelaras Dun (PPD).

“Saya tidak mahu campur dan menyerahkannya kepada pihak sepatutnya. Supaya tidak berlaku salah faham nanti. Malah saya difahamkan, perbincangan (panjang) telah diadakan pihak penghulu dengan pihak berkenaan.

“Cuma keadaan itu menjadi semakin panas apabila ada pihak memuat naik isu berkenaan di Facebook (FB) menerusi akaun FB Kampung Laut. Bagaimanapun, pagar itu telah dirobohkan dan kita anggap isu ini telah selesai,” katanya. – Sinar Harian

Tags: Kampungkubur
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

Kubur Zara Qairina Digali Semula Petang Ini

09/08/2025
0

KOTA KINABALU - Proses menggali semula kubur Zara Qairina Mahathir akan dilakukan pada petang ini selepas permohonan perintah menggali kubur...

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

‘Ini Kubur Guru Tarekat Kami’

30/12/2024
0

KUALA LUMPUR: Penduduk berdekatan tanah perkuburan di Setapak mendakwa kegiatan berzikir seperti yang tular di media sosial sebelum ini dilakukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd