• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

19 Ditahan Miliki Dokumen Perjalanan Palsu

oleh AK-47
15/09/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUCHING – Jabatan Imigresen Malaysia Sarawak menahan 19 warga Indonesia yang disyaki menggunakan pas masuk dan dokumen perjalanan palsu untuk menaiki pesawat ke Kuala Lumpur di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pagi semalam.

Pengarah Imigresen Sarawak Ken Leben berkata dalam kejadian 9.15 pagi itu, tindakan tujuh wanita dan 12 lelaki tersebut disedari kakitangan syarikat AirAsia yang kemudiannya memaklumkan kepada pegawai imigresen bertugas.

“Pegawai bertugas, Frankie Edwin telah merujuk perkara tersebut kepada ketua kumpulan yang bertugas, Timbalan Penolong Pengarah Imigresen Muhammad Shairazi Nawawee sebelum diarahkan untuk ke Gate 4 KIA bagi membuat pemantauan bersama beberapa pegawai.

“Setelah diperiksa, didapati endorsmen dalam kesemua pas masuk serta dokumen perjalanan mereka amat diragui ketulenannya,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Beliau berkata hasil soal siasat, seorang daripada warga Indonesia terbabit mendakwa membayar 7.5 juta rupiah kepada seorang ejen yang juga warga Indonesia untuk menguruskan dokumen berkenaan menerusi sindiket yang dipercayai didalangi oleh ejen tempatan.

“Kesemua suspek ditangkap dan dihantar ke Depoh Tahanan Imigresen Semuja, Serian bagi tindakan lanjut,” katanya menambah kesemua warga Indonesia terbabit dipercayai masuk ke Sarawak melalui Tebedu.

Beliau turut menegaskan jabatan memandang serius isu pemalsuan cop keselamatan dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mana-mana pihak yang terlibat dalam sindiket tersebut. – Bernama

Tags: Imigresenpalsu
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

Istana Pahang Kesan Akaun Facebook Palsu, Jana Video AI Menyerupai Al-Sultan Abdullah

23/02/2026
0

Kuantan: Istana Pahang menafikan dakwaan Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menawarkan bantuan wang kerajaan kepada orang ramai...

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

Pemalsuan Anugerah, Gelaran Istiadat: Polis Tahan Lelaki Tempatan

13/11/2025
0

Ipoh: Polis menahan seorang lelaki tempatan berusia 41 tahun yang disyaki terlibat dalam kegiatan pemalsuan anugerah kehormatan dan gelaran istiadat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd