• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Win! Budak Jealous Cikgu Senyum Kat Pelajar Lain

oleh
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEKALI LAGI! Kes cikgu kacak menjadi perhatian netizen. Apa yang lagi mencuit hati kali ini, cikgu senyum kat pelajar lain pun dah jealous ye? Aduhhh..

Sudah menjadi lumrah manusia suka yang indah dan cantik. Tidak kiralah tengok manusia ke, pemandangan ke, yang pasti kita pasti akan tergoda bila melihat sesuatu yang cantik.

Baru-baru ini tular di laman Facebook berikutan sekeping surat cinta yang diterima oleh seorang guru kacak bernama Hanafi.

Surat tersebut dikirim oleh salah seorang murid darjah lima di sekolahnya, Fatimah.

Menerusi surat tersebut, Fatimah mencoretkan perasaan cemburu kerana cikgu tersebut telah melemparkan senyuman kepada rakannya yang bernama Shila.

“Assalamualaikum, cikgu hensem. Semalam cikgu senyum pada Shila. Cikgu minggu lepas dah senyum pada saya. Saya dah terima cinta cikgu. Cikgu jangan mainkan cinta saya, boleh?” ujar gadis berkenaan menerusi surat tersebut.

Selain itu, murid itu juga turut menyatakan bahawa dia menangis kerana diperlakukan sedemikian dan tidak dapat hadir diri pada hari berkenaan berikutan sakit hati.

“Saya menangis ni cikgu, saya cuti hari ini sebab sakit hati.Mak saya belum tahu,” katanya lagi.

Sakit hati sampai tak datang sekolah? Aduhhh dikkk…

Perkongsian yang mendapat lebih daripada 2,000 likes dan 900 shares di laman Facebook itu menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen di mana rata-rata antara mereka terhibur dengan isi kandungan surat berkenaan.

Apa yang lagi mencuit hati kami, murid ni begitu gigih membetulkan terlebih dahulu setiap ejaan yang salah sebelum menghantar pada guru berkenaan.

Tapi memang patutlah adik ni cemburu, Cikgu Hanafi ni sememangnya kacak rupanya!

Hmmm…advanced betul pelajar sekolah rendah sekarang kan? Akak dulu nak pandang cikgu pun takut dikkk, apa lagi tulis surat cinta macam ni! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura

Tags: Cikgu Handsomesurat cinta
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Koleksi Surat Cinta Napoleon Dilelong Lebih €500,000

07/04/2019
0

PARIS - Sebanyak tiga pucuk surat cinta daripada pemimpin Perancis, Napoleon Bonaparte kepada isteri, Josephine yang ditulis antara tahun 1796...

“Apa Beza Awak Dengan Kepala Paip?”

07/02/2018
0

SEPUCUK surat mencetus gelak tawa netizen apabila cubaan seorang kanak-kanak lelaki ‘mengorat’ gadis yang diminatinya tersebar. Surat cinta daripada Aniq kepada Aisyah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd