• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

USS John S. McCain: Operasi Akan Diteruskan TLDM

oleh Ahmad Albab
27/08/2017
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KLUANG – Operasi mencari dan menyelamat kru kapal pemusnah Amerika Syarikat USS John S. Mccain di timur perairan Johor akan diteruskan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) bagi mencari mangsa yang masih hilang.

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata usaha membantu SAR berkenaan mempunyai kaitan rapat dengan hubungan negara khususnya dalam diplomasi pertahanan.

“Perkara ini (SAR) dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan saya telah minta persetujuan Kabinet supaya SAR ini diteruskan sehingga (keadaan) mangsa dikenal pasti.

“Saya juga berjumpa dengan Komander Pangkalan Pasifik Amerika Syarikat, Laksamana Scott Swift baru-baru ini dan mereka (Amerika) sangat menghargai usaha kita,” katanya kepada pemberita semasa menghadiri Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Sembrong di sini hari ini.

Hishammuddin berkata ketika Malaysia menghadapi insiden MH370 dan MH17, sebanyak 26 negara tampil membantu Malaysia.

“Jadi, tidak ada sebab apabila mereka (Amerika) pula berhadapan dengan insiden seperti ini, kita hendak mengecualikan diri daripada membantu,” katanya.

Anggota Parlimen Sembrong itu berkata TLDM mempunyai hubungan baik dengan Tentera Laut Amerika dan tiada masalah untuk TLDM terus membantu walaupun operasi SAR bagi pihak Malaysia, yang diketuai Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) sudah ditangguhkan.

Semalam, Ketua Pengarah APMM Datuk Zulkifili Abu Bakar mengumumkan operasi SAR berkenaan ditangguhkan susulan pengumuman daripada Hal Ehwal Awam Armada ke-7 Tentera Laut Amerika yang berhasrat menangguhkan sementara operasi mencari di laut bagi menumpukan usaha pencarian di dalam kapal USS John S McCain.

Dalam kejadian 5.40 pagi Isnin lepas di perairan Teluk Ramunia, Johor, kapal USS John S McCain berlanggar dengan kapal dagang Alnic MC yang didaftarkan di Liberia, menyebabkan lima kru USS John S McCain cedera dan 10 lagi hilang. – BERNAMA

Tags: Hishammuddin Tun HusseinUSS John S McCain
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

UMNO, BN Tetap Sokong Kerajaan Sedia Ada

30/07/2021
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) dan UMNO tetap menyokong kerajaan sedia ada di sebalik kemelut serta ketidakstabilan politik ketika...

SUA Hishammuddin Buat Laporan Polis Susulan Surat Palsu

24/06/2021
0

KUALA LUMPUR - Satu laporan polis dibuat susulan surat palsu yang mengaitkan Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memohon...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd