• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Umat Islam Diminta Hayati Aidiladha, Pupuk Perpaduan

oleh AK-47
31/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Datuk Seri Najib Tun Razak mahu umat Islam di negara ini menghayati sambutan Hari Raya Aidiladha kerana perayaan itu dapat memupuk semangat perpaduan sesama rakyat Malaysia dan umat Islam amnya.

Perdana Menteri berkata​ menerusi ​​​​ penghayatan itu, umat Islam di negara ini dapat menjaga hubungan persaudaraan, bersatu hati dan sanggup berkorban, di samping menghindari sikap mementingkan diri sendiri.

“Umat Islam yang mengabaikan prinsip-prinsip perpaduan, akan membuka ruang dan peluang kepada musuh-musuh Islam untuk menerobos, melemahkan serta menghancurkan Islam dan umatnya.

“”Sesungguhnya, perpaduan dan keamanan yang dikurniakan ini adalah nikmat yang sangat berharga dan wajib dipertahankan.

“”Bahkan, adalah wajib untuk kita berlaku adil sesama manusia walaupun daripada golongan yang berbeza agama dan kepercayaan,” katanya menerusi perutusan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha dalam blognya www.1Malaysia.com.my.

Najib berkata sambutan Aidiladha kali ini juga amat istimewa kerana bertepatan dengan sambutan Hari Kebangsaan pada hari ini dan meraikan kejayaan Malaysia muncul juara pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang berakhir semalam dengan pungutan 145 pingat emas, 92 perak dan 86 gangsa.

Perdana Menteri juga berkongsi kegembiraannya apabila tahun ini menyaksikan Malaysia menghantar bilangan jemaah haji yang teramai dalam sejarah negara.

“Kita merakamkan ucapan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi yang telah memudahkan pengurusan jemaah haji Malaysia kerana kita merupakan negara pertama di dunia dibenarkan untuk menjalankan program prapelepasan jemaah haji pada tahun ini di mana jemaah haji kita tidak perlu lagi menjalani proses pemeriksaan pasport dan kastam di Makkah dan Madinah.

“”Nikmat ini juga atas asbab hubungan akrab kita dengan pemerintah Arab Saudi yang sentiasa kita semai dan pelihara selama ini,” katanya.

Beliau seterusnya mengajak umat Islam meraikan hari kebesaran itu dengan penuh rasa kesyukuran dan keimanan, selain mengukuhkan silaturahim agar dapat melahirkan satu ummah ÿang berjaya di dunia dan di akhirat. – BERNAMA

Tags: AidiladhaDatuk Seri Najib Tun Razak
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

Najib Akan Rayu Keputusan Ketepi Permohonan Jalani Baki Hukuman Penjara Di Rumah

22/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak akan memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini menolak permohonan semakan kehakiman difailkan bekas Perdana...

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

Pendakwaan Terhadap Najib Bermotif Politik, Musnah Karier – Peguam

04/11/2025
0

Putrajaya: Hujahan di akhir kes pembelaan berkaitan tuduhan penyelewengan dana berjumlah RM2.3 bilion milik syarikat pelaburan strategik 1Malaysia Development Berhad...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd