• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun Mahathir Guna UMNO Jatuhkan Musuh Politik

oleh Ahmad Albab
06/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AHLI Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi membidas kenyataan Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mendakwa dirinya dipergunakan UMNO dan orang Melayu.

Jelas Puad, bekas perdana menteri itu sebenarnya telah menggunakan UMNO dengan menjadi diktator selama 22 tahun untuk memerintah secara kuku besi dan menjatuhkan musuh politiknya.

“Dia (Dr. Mahathir) kata dua hari lepas, dia tidak pernah mempergunakan UMNO dan orang Melayu tapi dia yang dipergunakan, itu dia kata sedangkan hakikatnya dia lah yang gunakan orang Melayu dan UMNO untuk menjadi diktator selama 22 tahun,” kata Puad semasa berucap di Mesyuarat Perwakilan Puteri UMNO Bahagian Pandan di Ampang, Sabtu.

Jelas beliau, dua bukti kukuh yang menunjukkan Tun Mahathir seorang pemimpin diktator adalah dua tindakan yang diambil dalam campur tangan institusi kehakiman negara pada 1988 dan meminda Perlembagaan pada 1993 untuk mengurangkan kuasa Raja-Raja Melayu.

“Tanpa orang Melayu dan UMNO dia tidak akan mampu nak memecat Ketua Hakim Negara dan lima hakim Mahkamah Tinggi.

“Dia menggunakan UMNO untuk mempertahankan dia, membela dia, dia menggunakan orang Melayu dan UMNO untuk meminda Perlembagaan supaya kuasa Raja dikurangkan.

“Kenapa kuasa Raja dikurangkan? Kerana dia ingin menjadi diktator. Kenapa hakim mesti dipecat? Kerana dia ingin menjadi diktator,” katanya lagi.

Oleh sedemikian, Puad menggesa supaya orang Melayu dan ahli UMNO tidak terpedaya dengan kenyataan Tun Mahathir yang mengatakan beliau dipergunakan oleh parti dan orang Melayu sepanjang menjadi perdana menteri sebelum ini.

“Sebab itu Puteri sekalian, bila dia mengatakan bahawa bukan dia yang menggunakan Melayu dan UMNO, bayangkan sebenarnya dia lah yang menggunakan Melayu dan UMNO untuk boleh berkuasa selama 22 tahun dan mengamalkan kroni kapitalism,” ujarnya.

Beliau juga menasihati ahli UMNO tidak mudah memberikan bersimpati dengan Tun Mahathir, walhal secara terang-terangan niatnya mahu menghancurkan parti keramat orang Melayu itu.

“Jangan kita ada rasa tak boleh sentuh Tun Mahathir, itu tidak boleh sebab dia keluar parti dan bukan sahaja keluar parti dia tubuh parti baharu kerana nak menghancurkan UMNO, itu pun kita nak kata tak boleh.

“Legasi adalah legasi, tapi apabila dia secara terbuka bukan sahaja keluar parti menubuhkan sebuah parti guna nama pun hampir sama dengan UMNO, baju pun baju merah sama macam kita, tujuannya apa, tujuannya nak curi ahli UMNO dan menghancurkan UMNO, tidak boleh,” ujarnya lagi. – www.bnbbc.my

Tags: Datuk Dr Mohd Puad ZarkashiTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

AirAsia Tawar Tambang Serendah RM50 Ke 10 Negara

Next Post

FELDA Bukan Legasi Tun M Tak Pernah Bantu Bangunkan

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

FELDA Bukan Legasi Tun M Tak Pernah Bantu Bangunkan

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd