• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tun M Jumpa Hindraf Tidak Jejas BN

oleh AK-47
23/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

CAMERON HIGHLANDS – Pertemuan Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr. Mahathir Mohamad dengan pemimpin Barisan Bertindak Hak Asasi Hindu (Hindraf), sama sekali tidak memberi kesan kepada Barisan Nasional (BN), kata Pengerusi MyPPP, Tan Sri M. Kayveas.

Beliau berkata ini kerana tindakan Dr. Mahathir yang mahu menarik kumpulan itu menyertai pakatan pembangkang hanyalah demi kepentingan peribadi semata-mata dan bukannya untuk memperjuangkan nasib rakyat.

Hindraf tidak mempunyai prinsip dan matlamat perjuangan sebenar kerana pemimpin pergerakan itu sering menyertai pelbagai parti politik termasuk BN dan akhirnya menentang kerajaan disebabkan kononnya tidak memenuhi kehendak mereka, katanya.

“Rakyat sebenarnya keliru apa perjuangan sebenar Hindraf kerana jika hendak menjatuhkan pemimpin atau kerajaan, itu bukan perjuangan, itu berniat jahat dan tiada kena mengena dengan perjuangan untuk rakyat.

“Hindraf sudah berpecah-belah, ada yang menyertai Makkal Sakti, PKR sebelum ini ada yang pernah menjadi timbalan menteri dan kemudian bertindak menentang kerajaan BN,” tegas beliau.

Kayveas yang juga Penasihat Kementerian Pengangkutan bercakap mengenai pertemuan itu kepada Bernama selepas merasmikan Bengkel Kecemerlangan Minda dan Sahsiah untuk menduduki Ujian Pencapaian Sekolah Rendah yang disertai lebih 50 murid Tahun Enam dari lapan buah sekolah Cameron Highlands di sini hari ini.

Kayveas diminta mengulas tindakan Dr. Mahathir menemui pengerusi Hindraf di Yayasan Kepimpinan Perdana di Putrajaya, Jumaat lalu, untuk mengajak pergerakan itu menyertai gabungan parti pembangkang.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mendakwa tindakan Dr. Mahathir mengajak Hindraf menyertai pembangkang tidak pernah dibincangkan sebelum ini oleh pimpinan tertinggi pakatan pembangkang.

Menurut Kayveas, hanya kerajaan BN di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah melakukan pebagai usaha untuk menjaga kebajikan dan membela nasib rakyat termasuk masyarakat India di negara ini.

Pelbagai kemudahan yang diberikan kerajaan BN sentiasa menjadi perhatian utama seperti pembinaan sekolah dan pelbagai usaha juga dijalankan untuk meningkatkan ekonomi masyarakat India. – BERNAMA

Tags: Tan Sri M.Kayveas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Jam Sebagai Simbol, ‘Uncle Bond’

Jam Sebagai Simbol, ‘Uncle Bond’

12/11/2022
0

Bertanding di bawah simbol jam, ahli politik veteran Tan Sri M.Kayveas, yang lebih dikenali sebagai ‘Uncle Bond’ mahu pengundi di...

MyPPP Kekal Parti Bebas, Tidak Sertai PH – Kayveas

27/05/2018
0

KUALA LUMPUR - Parti Progresif Penduduk Malaysia (MyPPP) kekal dengan pendirian sebagai parti bebas dan tidak merancang untuk menyertai kerajaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd