• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tular! Tak Puas Hati Ditegur, Lelaki Ini Rela Masuk Neraka

oleh
10/08/2017
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEMAKIN hari, dunia kita menyaksikan pelbagai jenis perbuatan pelik manusia. Tidak kurang nya juga dengan ajaran sesat yang sebenarnya sudah lama muncul sejak zaman dahulu lagi.

Ajaran sesat? Apakah yang dikatakan dengan sesat? Istilah ini jika dalam konteks agama Islam diklasifikasikan sebagai mana-mana jenis pemikiran yang terkeluar daripada skop ajaran tersebut.

Haaa… ngerikan? Mohon dijauhkan!

Namun kini tular di laman YouTube apabila satu rakaman video memaparkan berlaku sedikit pertelingkahan antara dua orang ustaz dan seorang lelaki yang didakwa menyebar ajaran sesat.

Video yang berdurasi kurang daripada tiga minit itu menunjukkan seorang lelaki yang memakai baju berwarna putih dan kain pelikat sedang bertengkar dengan dua orang ustaz di hadapannya ketika dalam satu majlis ilmu.

Dikatakan lelaki tersebut telah menyebarkan ajaran yang menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar sehingga boleh mengakibatkan berlakunya kesesatan dalam kalangan pendengar.

Apabila dikatakan syirik oleh ustaz tersebut, si lelaki berkenaan cuba membalasnya kembali dengan menguatkan suara sehingga menyebabkan para tetamu terdiam.

“Syirik di atas iktikad! Bukan di atas bahasa! Bukan di atas bahasa! Saya tak boleh terima di atas bahasa,” ujarnya dengan nada tinggi.

Pertelingkahan menjadi semakin sengit, apabila ustaz terbabit dilihat seolah-olah mencabar lelaki itu dengan menyatakan bahawa dia tidak mempunyai sebarang kuasa untuk memahami kitab.

“Tok Mat tak ada alat untuk memahami ilmu!” ujar ustaz tersebut.

Lelaki itu turut berang apabila ustaz tersebut semakin ligat mencabar dan akhirnya dia minta masing-masing berpegang pada ajaran sendiri sehingga berkata dia rela masuk ke neraka.

“Boleh pegang pada fahaman ustaz. Saya pegang pada fahaman saya. Habis! Tak apa! Kalau saya kena duduk neraka pun tak apa! Habis cerita!” balas lelaki terbabit.

Ha? Rela masuk neraka? Apa dia ingat neraka itu mainan? Allahu.

Insiden itu dipercayai berlaku di Lahar Yooi, Seberang Perai Utara, Pulau Pinang dan mulai hangat menjadi perbualan orang ramai.

Video yang mendapat lebih daripada 90,000 tontonan sehingga kini secara tidak langsung menerima reaksi yang pelbagai daripada netizen apabila rata-rata mereka tidak berpuas hati dengan cara ustaz tersebut menegur.

Hal ini kerana, dia beranggapan cara itu adalah salah dan Islam tidak mengajar kita untuk membuka aib orang.

“Sepatutnya bukan macam tu nak bagi nasihat… Janganlah cerekah (gertak) dia.., Cakaplah dengan elok-elok.. Kau pi marah dia memang dia naik angin lagi lah..

“Cakap elok-elok je kan boleh… Buat cara Ustaz Don,” komen Mohd. Muizz Muizz yang merujuk pendakwah selebriti yang berasal dari Pulau Pinang itu.

“Maaf, kami tak mahir ilmu agama. Cuma pada saya, tak baik tegur orang macam ni. Duduk ramai-ramai, suara tinggi & viralkan? Buka aib?

“Kalau orang tua ni dilihat menyimpang, siasat dia dan bawa dia ke muka pengadilan untuk diadili sehabis-habisnya…bukan viralkan macam ni.

“Kami yang tak mahir ilmu agama ni tak faham pucuk pangkal. Siapa salah, siapa betul. Bagi saya, video ni hanya berniat menghukum pakcik tu untuk paparan umum. Tak baik tau. Wallahualam,” kata Farith Zahir.

Mereka tidak puas hati bukan bermaksud menyokong ajaran tersebut tetapi cara teguran itu adalah tidak kena sama sekali. Boleh tegur tapi biar kena pada caranya.

Hmmm…pada dasarnya memang betul niat ingin menegur dan menegakkan kebenaran tapi cara itu tidak kena. Adalah baik sekiranya ditegur dengan elok dan tidak perlu mengaibkan.

Ikutlah cara Nabi di mana baginda menegur tanpa mengaibkan mahupun menjatuhkan maruah seseorang.

Walaubagaimanapun, bersamalah kita berhati-hati agar sentiasa dijaga iman dan dijauhkan daripada ajaran sesat seperti ini. Amin Ya Rabbal Alamin! – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura 

Tags: Ajaran SesatPulau PinangTok Janggut
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

Ajaran Sesat Tidak Pernah ‘Tidur’, Terus Dipantau

03/01/2026
0

KUALA TERENGGANU: Sebanyak 14 ajaran difatwakan sesat dikesan masih aktif di negara ini, dengan semuanya berada dalam pemantauan pihak berkuasa....

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd