• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tugas Getir Chong Wei Rangkul Kejuaran Dunia

oleh AK-47
10/08/2017
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menghadapi tugas getir dalam usaha untuk merangkul kejuaraan sulung pada Kejohanan Dunia 2017 yang berlangsung di Emirates Arena di Glasgow, Scotland dari 21 hingga 27 Ogos.

Dalam undian hari ini di ibu pejabat Persekutuan Badminton Dunia (BWF) di sini yang turut dihadiri Presiden BWF Poul-Erik Hoyer Larsen, pemain nombor dua dunia itu akan berdepan pemain Perancis, Brice Leverdez pada pusingan pembukaan dan jika tiada sebarang kejutan, beliau akan bertemu sama ada pemain Israel, Misha Zilberman atau lawan dari Croatia, Zvonimir Đurkinjak pada pusingan kedua.

Tetapi cabaran sebenar bagi pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu ialah dalam pusingan ketiga apabila menentang pemain China, Tian Houwei selaku pilihan ke-10 dan jika dapat melepasi halangan, Chong Wei akan bertemu rakan sepasukan Houwei, Chen Long selaku juara bertahan dan juga juara Olimpik pada suku akhir.

Sementara itu, pasangan beregu lelaki utama negara, Goh V Shem/Tan Wee Kiong berada dalam undian selesa apabila mendapat ‘bye’ pada pusingan pembukaan tetapi halangan utama ialah dalam pusingan ketiga apabila mereka bakal berentap dengan pilihan keempat, Takeshi Kamura/Keigo Sonoda dari Jepun.

Pasangan beregu campuran kedua negara, Tan Kian Meng/Lai Pei Jing juga berada dalam kedudukan undian selesa dengan mendapat ‘bye’ pada pusingan pembukaan tetapi saingan sengit bakal menanti pada pusingan ketiga apabila bertemu gandingan dari China, Wang Yilyu/Huang Dongping yang juga pilihan ke-13.

Malaysia juga mempunyai beberapa wakil pada kejohanan dunia itu atas tiket “wild card” – Zulfadli Zulkiffli dalam acara perseorangan lelaki, Yap Rui Chen (perseorangan wanita), Chooi Kah Ming/Low Juan Shen (beregu lelaki) serta gandingan Sannatasah Saniru dan Anna Cheong Ching Yik dalam beregu wanita.

Pada sidang media kemudian, pengarah teknikal Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Morten Frost Hansen sedar mengenai cabaran yang bakal menanti Chong Wei tetapi berasa yakin jaguh badminton negara itu dapat menampilkan aksi terbaik pada kejohanan itu.

Frost, 59, berkata walaupun perhatian bagi gelaran dunia tertumpu antara Chong Wei, Lin Dan dan Chen Long, beliau percaya pemain lain seperti pemain nombor satu Son Wan Ho (Korea Selatan), pemain nombor tiga dunia Viktor Axelsen (Denmark) dan juga pemain nombor lapan dunia, K.Srikanth (India) juga berpotensi memberi cabaran.

“Melihat kepada perspektif Malaysia, undian itu memang sukar bagi Chong Wei kerana menghadapi cabaran daripada Chen Long pada suku akhir tetapi seperti yang saya katakan sebelum ini, jika anda mahu menjadi juraa dunia, anda perlu bekerja keras untuk mencapainya,” kata Frost dan tidak menolak kemungkinan pertembungan akhir ialah antara Chong Wei dan Lin Dan.

Untuk reod, kedua-dua pemain telah bertemu pada edisi 2013 di Guangzhou, China yang menyaksikan Lin Dan meraih gelaran dunia setelah Chong Wei menarik diri dalam set penentuan apabila mengalami kekejangan otot.

Berkongsi pandangan Frost adalah Presiden BAM Datuk Seri Mohamad Norza Zakaria yakin barisan pemain negara termasuk Chong Wei mampu memberikan persembahan terbaik pada kejohanan berkenaan.

“Kalau kita hendak menjadi juara dunia, kita tidak sepatutnya bergantung kepada tuah undian semata-mata dan kita perlu hadapi pemain bertaraf dunia.

“Saya yakin dan percaya di antara Chong Wei, V Shem-Wee Kiong dan Tan-Lai, salah seorang daripada mereka mampu membawa pulang kejuaraan dunia,” tegas Mohamad Norza.

Chong Wei masih memburu kejuaraan sulung dunia selepas sekadar muncul naib juara pada tiga edisi berturut-turut iaitu 2011 (England), 2013 (China) dan 2015 di Indonesia selain meraih tempat ketiga pada edisi 2005 di Amerika Syarikat.

Beliau kalah kepada Lin Dan pada 2011 dan 2013 sebelum tewas kepada Chen Long pada edisi 2015. – BERNAMA

Tags: datuk lee chong wei
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lee Chong Wei Terima Anugerah Ijazah Kehormat USM

02/12/2021
0

ARAU: Tokoh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menerima Ijazah Kehormat Doktor Sains Sukan daripada Universiti Sains Malaysia (USM) sempena...

Chong Wei Percaya Kemampuan Harimau Malaya Muncul Juara

09/12/2018
0

PUTRAJAYA - Jaguh perseorangan badminton negara, Datuk Lee Chong Wei berharap skuad Harimau Malaya mampu mencipta kejayaan muncul juara Piala...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd