• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 23, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tindakan Tun M Hilangkan Rasa Hormat Rakyat

oleh Ahmad Albab
08/08/2017
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Tindakan Tun Dr. Mahathir Mohamad melaga-lagakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan timbalannya, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi hanya akan menghilangkan perasaan hormat rakyat kepadanya.

Anggota Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata tindakan Dr. Mahathir itu juga mendedahkan peribadi sebenar beliau sebagai seorang yang tidak berpegang kepada prinsip kesetiaan yang diterapkannya semasa bergelar pemimpin.

Katanya, Dr. Mahathir sebagai seorang negarawan juga harus sedar tindakan menyerang Najib dan Ahmad Zahid bukan sekadar menyerang UMNO, tetapi juga membawa kepada kerapuhan perpaduan orang Melayu.

“Saya harap rakyat sudah dapat melihat wajah sebenar Tun M, beliau pernah melakar sejarah yang baik untuk negara, tetapi sekarang merosakkan legasi dan perpaduan yang beliau sendiri perjuangkan.

“Saya kira saya juga sudah hilang rasa hormat kerana beliau sendiri mencalarkan perjuangan beliau sebelum ini. Nampaknya daripada menjadi wira kepada kita semua, Tun M kini menjadi wira kepada pembangkang,” katanya.

Rosnah berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan Wanita UMNO Bahagian Indera Mahkota di sini hari ini, yang turut dihadiri Ketua Bahagiannya, Datuk Mustaffa Kamal Abdul Hamid dan Ketua Wanita, Napiah Yusof.

Beliau mengulas dakwaan Dr. Mahathir mengenai pertemuan beliau dan Ahmad Zahid selepas 10 hari dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri yang kononnya bertujuan untuk menjatuhkan Najib.

Sehubungan itu, Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kerja Raya meminta rakyat negara ini untuk tidak terperangkap dengan permainan politik Dr Mahathir yang disifatkannya sanggup melakukan apa sahaja demi kepentingan peribadi dan anak-anaknya.

“Perjuangan yang dibawa Dr. Mahathir sekarang bukan perjuangan untuk menyelamatkan negara, sebaliknya untuk selamatkan diri sendiri. Beliau mendakwa bahawa UMNO mempergunakan beliau selama 22 tahun, tapi sebenarnya beliau yang mempergunakan orang Melayu dan UMNO.

“Jangan terbawa-bawa dengan apa yang dikatakannya. Beliau mengajar rakyat untuk menderhaka kepada pemimpin. Ketika ini, beliau adalah guru terbaik untuk perkara negatif,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Rosnah Abdul Rashid ShirlinTun Mahathir
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Geely Wajar Rombak Pengurusan Proton

Next Post

“Kami Bermain Atas Padang Yang Tidak Baik”

Related Posts

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

Dr M Masuk IJN, Saman Terhadap Zahid Ditangguh Lagi

19/07/2024
0

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menangguhkan perbicaraan saman fitnah Dr Mahathir Mohamad terhadap Ahmad Zahid Hamidi kepada 26 Ogos selepas bekas...

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

Faisal Dapat Tonik Daripada Tun Mahathir

22/06/2024
0

KUALA LUMPUR : Bintang sensasi bola sepak negara, Faisal Halim tidak terduga dan menyangka apabila diziarahi bekas Perdana Menteri, Tun...

Next Post

"Kami Bermain Atas Padang Yang Tidak Baik"

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd