• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, August 13, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tiada Penipuan Pengiraan Harga Runcit Minyak

oleh AK-47
20/08/2017
dalam Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menegaskan tiada unsur penipuan dalam kaedah pengiraan harga runcit petrol dan diesel yang dibuat secara mingguan ketika ini.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata pengiraan dan penentuan itu dibuat mengikut beberapa formula yang ditetapkan termasuk mengambil kira purata harga minyak dunia dan kedudukan mata wang negara.

“Perubahan harga minyak mingguan mengikut harga pasaran dunia, kalau hari ini harga minyak dunia turun tidak semestinya esok kita akan turunkannya kerana pengiraan sebelum penentuan harga pasaran di negara (kita) adalah mengikut purata harga (pasaran dunia) untuk seminggu.

“Selain itu juga, kami juga perlu lihat mata wang negara ketika urusan berkenaan (membeli minyak). Kalau rendah kita terpaksa membeli minyak pada harga yang mahal dan begitulah sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Jelutong di Batu Feringghi dekat sini, hari ini.

Hamzah yang juga anggota Majlis Tertinggi UMNO mengulas laporan akhbar berhubung kenaikan harga petrol sebanyak tiga kali pada bulan ini menimbulkan tanda tanya kepada orang ramai berikutan harga minyak mentah di peringkat global didapati semakin menurun.

Pengerusi PKR Negeri Sembilan, Aminuddin Harun dilaporkan berkata situasi tersebut jelas berlawanan antara satu sama lain dan menunjukkan seolah-olah penurunan harga minyak mentah dunia langsung tidak memberi kesan terhadap pasaran tempatan.

Harga RON95 dan RON97 naik 4 sen seliter bagi tempoh 3 hingga 9 Ogos lalu, kemudian masing-masing naik 5 sen dan 7 sen seliter pada 10 hingga 16 Ogos dan seterusnya naik lagi 3 sen bagi RON95 dan RON97 pula naik 4 sen pada 17 Ogos hingga 23 Ogos ini.

Peningkatan harga petrol selama enam minggu berturut-turut itu menyebabkan ramai pengguna media sosial mengeluh selain mendakwa ada stesen minyak yang menaikkan harga lebih awal.

Dalam pada itu, Hamzah berkata pihaknya juga tidak pernah menyorokkan sebarang maklumat berhubung penentuan harga minyak petrol dan diesel yang ditetapkan setiap minggu kerana kaedah yang diguna pakai ketika ini turut diaplikasi di peringkat antarabangsa terutama ketika urusan jual beli bahan api tersebut dijalankan.

“Percayalah, tiada penipuan dalam penentuan harga minyak petrol dan diesel malah kami juga tidak menyorokkan maklumat sebenar kerana harga yang ditetapkan itu adalah untuk kepentingan seluruh rakyat jadi kerajaan akan pastikan apa sahaja progam dijalankan adalah menguntungkan rakyat,” katanya. – BERNAMA

Tags: Datuk Seri Hamzah Zainudinharga minyakKPDNKK
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Banjir: Bilangan Mangsa Di Melaka Berkurangan

Next Post

Kerajaan Malaysia Kesal Silap Cetak Bendera Indonesia

Related Posts

Mengapa Harga Minyak Tak Turun: Ini Penjelasan Rafizi

Mengapa Harga Minyak Tak Turun: Ini Penjelasan Rafizi

10/06/2024
1

NIBONG TEBAL : Majlis Pelancaran Jentera Perpaduan untuk Pilihan Raya Kecil Sungai Bakap di sini, malam tadi sedikit gamat apabila...

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

Jokowi Dakwa Kadar Inflasi Negara Semakin Baik Walaupun Harga Minyak Naik

12/10/2022
0

JAKARTA – Presiden Joko Widodo (Jokowi) berkata bahawa kadar inflasi di Indonesia masih terkawal walaupun selepas kenaikan harga bahan api...

Next Post

Kerajaan Malaysia Kesal Silap Cetak Bendera Indonesia

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd