• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tewas 3-0, Ketua Jurulatih Vietnam Letak Jawatan

oleh Ahmad Albab
25/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETUA jurulatih skuad Sukan SEA Vietnam melepaskan jawatannya selepas pasukan itu tewas 0-3 kepada Thailand pada petang Khamis.

Nguyen Huu Thang berkata, tindakan drastik itu dibuat selepas merasakan dirinya gagal membawa pasukan berkenaan layak ke separuh akhir Sukan SEA.

Menurutnya, barisan pemain Vietnam gagal beraksi seperti dirancang dan dua kesilapan mengakibatkan mereka tersingkir daripada perebutan pingat.

Jelasnya, tindakan itu juga dibuat untuk tidak menyalahkan mana-mana pihak dan bertanggungjawab penuh di atas kekalahan berkenaan.

“Pemain kami gagal berfungsi seperti yang dirancang dan apa yang saya khuatir akhirnya telah menjadi kenyataan iaitu kekalahan awal dari segi psikologi.

“Pemain terlalu menghormati lawan sehingga mereka melakukan kesilapan yang telah membawa padah, tidak cukup dengan itu sepakan penalti yang gagal disempurnakan juga telah mematikan moral pemain.

“Selepas ini saya menyerahkan keputusan tersebut kepada Persatuan Bola Sepak Vietnam untuk menentukan individu yang bakal melatih pasukan ini,” katanya kepada pemberita.

Sementara itu Ketua Jurulatih Thailand, Worrawut Srimaka berkata, skuadnya tidak patut bertemu Vietnam seawal peringkat kumpulan kerana mereka lawan yang baik.

“Hari ini adalah hari kami dan apa sahaja yang dilakukan oleh pemain Thailand agak menjadi.

“Kita juga memastikan mereka tertekan dan menggunakan peluang itu untuk menewaskan lawan,” jelasnya. – mStar Online

Tags: Sukan SEA KL2017Vietnam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kejadian Lubang Benam Berjaya Dirakam

Kejadian Lubang Benam Berjaya Dirakam

04/12/2025
0

DA NANG, VIETNAM – Sebuah lubang benam muncul petang tadi dan menelan dua kenderaan yang diparkir. Sinkhole berkeluasan kira-kira 20...

Piala Asia B23: Malaysia Diundi Bersama Uzbekistan, Vietnam

Piala Asia B23: Malaysia Diundi Bersama Uzbekistan, Vietnam

23/11/2023
0

Skuad bola sepak bawah 23 tahun (B23) Malaysia diundi dalam kumpulan bersama dua pasukan kuat iaitu Vietnam dan Uzbekistan. IKUTI...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd