SIAPA tidak kenal ratu terjun negara, Pandelela Rinong yang pernah mengharumkan nama negara suatu masa dulu.
Pandelela menjadi atlet wanita pertama memenangi medal emas dalam Sukan Olimpik 2012 di London menerusi acara 10 meter platform individu.
Kebiasaan kita hanya melihat Pandelela dalam sut mandi dan beraksi di kolam renang sahaja kan?
Terkini transformasi ratu tersebut benar-benar mencuri ramai mata. Imej terbarunya itu kelihatan persis model antarabangsa, memang cun habis!
Sebuah majalah terkenal, Malaysia Tatler telah merubah wajah serta gaya atlet tersebut bagi menghiasi muka hadapan majalah tersebut untuk edisi Ogos.
Pandelela mendapat sentuhan Cat Yong untuk solekan dan disalut dengan busana daripada beberapa pereka antarabangsa.
Antaranya Burberry, Gucci, Fendi, Bally, Michael Kors serta dipakaikan aksesori, Tory Burch dan Corum.
Selain itu untuk tatarias rambut pula, gadis ini mendapat sentuhan CKay Liow. Lihat sahaja ratu ini sekarang, cantik sangat kan?
Sempena Sukan Sea 2017, Pandalela bakal beraksi dan bersaing untuk acara terjun. All the best buat ratu renang ini!
Malaysia merupakan tuan rumah untuk Temasya Sukan Sea 2017 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 31 Ogos nanti. – MYNEWSHUB.CC/Amy Maizura