• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 28, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Terengganu Semakin Tempah Tiket Ke Liga Super Musim Depan

oleh AK-47
05/08/2017
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Terengganu semakin hampir menempah tiket ke Liga Super musim depan apabila berjaya mengutip tiga mata penuh dengan menewaskan Kuantan FA 3-0 pada saingan Liga Premier di Stadium Darul Makmur di sini, malam tadi.

Pengendalinya Irfan Bakti Abu Salim berkata, bagaimanapun pasukan kendaliannya tidak boleh leka kerana persaingan merebut dua slot teratas liga pada musim ini masih terbuka.

“Persaingan merebut dua tempat teratas liga masih terbuka kepada Terengganu, Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan PKNP FC.

“Perjalanan jauh lagi dan kita sekurang-kurangnya perlu menang dua kali baharu boleh sah untuk naik.

“Saya yakin dengan kemampuan pemain untuk melakukannya dan sebelum itu kita akan rehat satu bulan dengan membuat persiapan rapi,” katanya ketika ditemui pemberita selepas perlawanan.

Mengulas tentang aksi malam tadi, Irfan Bakti berkata anak buahnya dilihat keletihan dan lambat panas walaupun berjaya mencatat kemenangan.

“Pada separuh masa pertama kami bernasib baik kerana mendapat gol pertama walhal Kuantan FA begitu banyak menyerang tetapi gagal memanfaatkannya.

“Ia juga seperti gol semangat apabila mereka berjaya bangkit untuk menang dengan jaringan 3-0,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Kuantan FA Zulhamizan Zakaria berkata pasukannya dihukum dengan kekalahan ekoran membuat satu kesilapan.

“Kita cipta tujuh hingga lapan peluang untuk menjaringkan gol tetapi bila berlaku satu kesilapan kita dihukum dengan gawang dibolosi.

“Apa pun saya tetap berbangga dengan pemain Kuantan FA walaupun kami berada di pihak yang tewas.

“Mungkin ‘nasib baik’ untuk menjadi juara itu ada pada Terengganu malam ini,” katanya. – BERNAMA

Tags: Irfan Bakti Abu Salim
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Surirumah Jana Pendapatan Manfaatkan ECERDC

Next Post

Tubuh Jawatankuasa Perkasa Mahkamah Syariah

Related Posts

Piala Malaysia: Irfan Puas Hati Prestasi Pemain Mara Final

21/10/2018
0

JOHOR BAHRU - Pengendali Terengganu FC, Irfan Bakti Abu Salim berpuas hati dengan prestasi terbaik anak buahnya dalam saingan timbal...

JDT Tidak ‘Kebal’, TFC Mampu Mara Ke Final – Irfan

17/10/2018
0

MISI menundukkan Johor Darul Takzim (JDT) pada perlawanan separuh akhir kedua di Larkin Sabtu ini bukan satu perkara mustahil kerana...

Next Post

Tubuh Jawatankuasa Perkasa Mahkamah Syariah

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd