• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, February 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tentera Selamatkan Tebusan Warga Vietnam

oleh Ahmad Albab
22/08/2017
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANILA – Seorang kru kapal warga Vietnam yang menjadi tebusan militan Abu Sayyaf di selatan Filipina selama sembilan bulan berjaya diselamatkan, kata tentera semalam.

Jurucakap tentera, Jo-Ann Petinglay berkata, tentera menyelamatkan tebusan itu pada Ahad lalu di pulau Basilan selepas meningkatkan operasi terhadap militan berkenaan.

“Tebusan itu berjaya melarikan diri dari militan ketika operasi berlangsung dan askar kami menyelamatkannya dengan bantuan orang tempatan.

“Kami melancarkan operasi berterusan terhadap kumpulan itu termasuk serangan udara. Kumpulan itu kini tertekan,” katanya.

Petinglay menafikan wang tebusan dibayar sebagai syarat untuk membebaskan kru kapal itu.

Mangsa, Do Trung Hieu bersama lima lagi kru diculik pada November lalu ketika kapal kargo mereka berlayar berhampiran pulau Basilan.

Militan memenggal kepala dua kru itu pada bulan lalu selepas gagal mendapatkan wang tebusan.

Seorang lagi kru masih ditawan Abu Sayyaf manakala seorang diselamatkan pada Jun lalu dan seorang lagi terbunuh dalam pertempuran pada Julai. – AFP/myMetro Online

Tags: abu sayyaftebusan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

Lima Lelaki Didakwa Culik, Kurung Jurujual Untuk Tebusan

17/05/2023
0

Kuala Lumpur : Lima lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan menculik dan mengurung seorang jurujual...

Tentera Myanmar Didakwa Jadikan Kanak-kanak Tebusan

28/02/2022
0

YANGON: Sekumpulan orang awam, termasuk sekurang-kurangnya 80 kanak-kanak didakwa dijadikan tebusan oleh tentera Myanmar selama dua hari ketika bertempur dengan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd